Pada hari ini, sembilan tahun yang lalu, saya dijemput oleh Francissca Peter untuk minum petang di coffee house di sebuah hotel terkemuka di K.L.
Itulah pertama kali saya berjumpa in person dengan penyanyi pujaan saya, seorang lagenda bersuara merdu
Fran ingin bertemu saya setelah saya menghubungi beliau melalui Facebook menceritakan tentang penyakit saya yang jarang masyarakat tahu.
Saya meminta kerjasama Fran for my public awareness campaign on ALS at that time,.nine years ago.
Setahun sebelum ini keadaan saya semakin merosot sehingga terpaksa menggunakan tongkat untuk bergerak setelah diserang penyakit ALS.
Pada ketika itu sehingga awal tahun 2012, Fran dan saya kerap ke udara di saluran televisyen morning talk show membincangkan tentang penyakit ALS.
Pujian harus saya berikan kepada Fran yang komited terhadap kempen kesedaran yang saya anjurkan.
Fran sendiri telah membuat pelbagai homework tentang penyakit ALS sehingga beliau tidak kekok membicarakannya di hadapan kamera.
She was well versed about my condition.
Gabungan mantap Francissca Peter dan Manan Ngah pernah mengungguli pentas Juara Lagu 1986 apabila mereka berjaya mendapat tempat pertama dan kedua menerusi lagu Sekadar di Pinggiran dan Aku Kehilangan Mu.
Fran juga mendapat tempat kedua untuk kategori persembahan terbaik.
Baru-baru ini Fran mendapat Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat - ABPBH 2020.
Fran mendapat anugerah Penyanyi Paling Popular pada ABPBH yang pertama.
Fran seorang yang baik dan pandai menghargai peminat beliau. Terkejut saya apabila Fran dan Sister-Manager Bibiana Peter menghantar hamper dan kad ucapan Selamat Hari Lahir kepada saya.
#coretanfuzzfadhilah