Pages

Saturday, 19 December 2020

77. Perth ke Sydney

2018 - Terjumpa boarding pass ini terselit di dalam album sewaktu  saya berada di rumah nenek.

Boarding pass berusia 17 tahun.  Boleh ambil SPM usianya

2003
Saya menerima emel daripada kawan saya sekitar pertengahan bulan April tahun berkenaan.  Ketika itu,  saya baru saja dua bulan berada di Perth.
Saya juga baru beberapa hari pulang dari Malaysia setelah bertemu Nenek saya.  Pertemuan rahsia di antara saya dan Nenek pada bulan April tahun itu.

Kami berhubungan melalui emel bukan sebab dia kawan maya  tapi  itulah cara berkomunikasi yang murah dan cepat pada masa itu.
Kami sudah berkawan sebelum saya berlepas ke Perth lagi.

Kawan saya yang ketika itu berada di Kuala Lumpur, telah menjemput saya ke majlis konvokesyennya di Sydney,  Australia. Saya menolak jemputan tersebut kerana jarak yang jauh dari Perth.
Saya memberitahunya yang lebih layak menghadiri majlis itu dan meraikan kejayaannya  adalah ahli keluarganya.

Dia membalas emel saya dan  memberitahu yang ibu bapanya dan adik beradiknya tidak dapat  menghadiri. Begitu juga teman wanitanya.

Saya berasa kasihan lalu saya bersetuju untuk menghadiri majlis konvokesyen walaupun di dalam hati saya berkata,  "Manja sangat dia ni!  spoilt brat! ".


Ketika itu tiada penerbangan tambang murah seperti hari ini yang mana everyone can fly.
Penerbangan  domestik dengan syarikat Qantas dari Perth ke Sydney itu sama jarak dan jangka waktunya dengan penerbangan Perth-KL.  Harga tiketnya pun sama mahal.

Saya pun terbang dari Perth ke Sydney.

Selesai acara konvo, beliau telah menempah sebuah plak kayu dan besi untuk ijazahnya.  Plak macam bentuk empat segi bingkai gambar.
Beliau juga meminta bantuan saya mendahulukan membayar untuk plak besi dan kayu ijazahnya.  Pada mulanya saya keberatan tetapi kemudian saya mengalah.  Saya tidak mahu menghampakan dia.


Hari itu hari dia di dalam kesedihan dan dia perlukan bantuan saya,  mana tahu pada masa hadapan,  saya pula yang perlukan bantuan dia.
Selepas itu,  Dia pulang ke KL dan saya terbang ke Perth.
Beberapa bulan selepas itu,  kami terputus hubungan atau mungkin dia mendiamkan diri. 

Saya pun tak kisah.  Ramai lagi kawan dan sahabat handai yang baik dan setia dalam bersahabat  dengan saya.
Pengajarand di sini,  buat baik berpada-pada,  buat jahat,  jangan sekali.
#coretanfuzzfadhilah