Pages

Saturday, 19 December 2020

63. Gulzar Khan dan Kurma Badam

Kisah Gulzar Khan di Mekah/Madinah Julai 1996
Pulang dari makan malam,  kami dihantar kembali ke hotel penginapan menaiki sebuah kereta limosin putih yang panjang ukurannya. 
Ketika kami masuk ke lobi hotel,  tetamu hotel yang berada di lobi tercengang dan terkejut apabila terlihat kami bertiga keluar daripada  limosin berkenaan. 
Kami bergegas menuju ke lif dan apabila  menghampiri kaunter frontdesk, pegawai frontdesk yang  bertugas menyapa kami. 
Gulzar dari Pakistan selalu berbual bual dengan saya sebelum ini.  Ketika iru beliau sudah dua tahun bekerja di Mekah.  

"Ke mana kamu bertiga pergi?   Dah lewat malam ini., " tanya Gulzar. 
"Ada sesiapa cari kami tak?", tanya kawan saya. 
"Takde.  Siapa yang hantar kamu naik limosin tu, " tanya Gulzar. 
"Kami pergi cari buah kurma lah", gurau kawan saya. 

Kami ucapkan selamat malam kepada Gulzar  apabila pintu lif terbuka dan kami masuk ke dalam lif untuk balik ke bilik masing-masing. 
Esoknya ketika turun di lobi Gulzar bertanya jika saya dan kawan-kawan mencari buah kurma. Katanya dia boleh tolong. 
Saya beritahu Gulzar yang kawan saya hanya bergurau malam tadi.  

Saya beritahu Gulzar yang saya telah membeli pelbagai jenis dan grade buah Kurma tetapi saya tak jumpa buah kurma yang diproses bersama buah badam di dalam kotak kecil seperti yang dibeli oleh seorangan jemaah rombongan.  Saya bertanya Gulzar,  di manakah saya boleh mencari kurma badam tersebut?. 

Kami berkemas-kemas untuk meninggalkan kota Mekah tanpa saya dapat membeli kurma badam. 
Sebelum pulang ke tanah air,  saya mengucapkan selamat tinggal kepada Gulzar,  penyambut tetamu di hotel penginapan saya. .  Saya berikan beliau t shirt dari Malaysia. yang memang  telah saya beli beberapa helai serta momento yang lain  sebagai saguhati tanda persahabatan dengan orang yang saya temui.. 

Gulzar meminta no telefon  dan alamat rumah saya dan saya berikan kepada beliau.  Maka,  pulanglah saya ke Malaysia setelah berada di sana selama dua minggu. 
Seminggu selepas itu,  ketika di rumah Nenek,  saya telah menerima satu panggilan daripada seorang pakcik di Shah Alam 

"Ini ada kawan kamu dari Mekah kirim kat Pakcik hadiah untuk kamu dari Gulzar Tapi boleh tak anak datang ke rumah Pakcik dan ambik", katanya. 
Saya  meminta bantuan seorang rakan saya yang sedang belajar di PPP,  Shah Alam untuk mengambil bungkusan kiriman Gulzar.

Kawan saya menelefon saya dan menyuruh saya datang berjumpanya di Shah Alam. 
Setibanya saya di Shah Alam,  terkejut saya apabila Gulzar mengirimkan tiga kotak besar yang di dalam setiap kotak itu  berisi 100 kotak kurma badam. Kotak bersaiz kecil macam kotak kismis yang banyak dijual di sini. 
Snek kurma diproses bersama buah badam..

 Sampai 300 kotak Gulzar hantar. Siapa nak makan banyak banyak ni? Pakcik tersebut memberitahu semua kos penghantaran ditanggung oleh Gulzar serta sedikit wang saguhati diberikan kepada pakcik berkenaan.  
Saya berikan beberapa kotak kepada pakcik berkenaan dan selebihnya saya bawa pulang untuk diagih agihkan kepada keluarga dan rakan rakan.
#coretanfuzzfadhilah