Gambar tahun 1995 berhampiran pintu masuk utama UIA main campus, PJ. Ketika ini saya pergi lepak makan makan jumpa Artin dan kawan-kawannya.
Artin, pelajar jurusan undang -undang yang saya kenal ketika bekerja sementara menunggu keputusan SPM dan beliau bekerja tempat yang sama masa beliau on semester break ketika itu.
Pada tahun 1996, sekitar bulan April atau Mei, saya telah terkandas di airport Kuala Terengganu because my flight to KL was delayed.
Tahun 1996 juga menggemparkan pelajar-pelajar Matrikulasi UIA apabila gambar pensyarah tajwid kami terpampang di dada akhbar utama di seluruh Malaysia pada tahun itu.
Cuaca buruk dengan hujan lebat di luar menyebabkan penerbangan saya untuk pulang ke KL ditangguhkan.
Saya duduk di bangku sambil menonton persembahan Ziana Zain di tv yang diletakkan pada dinding pada aras tinggi di ruang menunggu itu.
Ada beberapa orang penumpang di ruang menunggu tersebut.
Tidak jauh dari saya, ada seorang wanita macam wanita latin. Berkulit sawo matang, berambut pendek dan berwarna petang
Tiba-tiba dia bercakap kepada saya sambil dia menonton persembahan Ziana Zain di kaca tv di Lapangan Terbang Kuala Terengganu.
Beliau menegur saya di dalam bahasa Inggeris dan bertanya saya hendak ke mana. Saya beritahunya saya mahu pulang ke Kuala Lumpur.
Beliau pula baru lepas bercuti di Pulau Redang. Penerbangannya ke Kuala Lumpur mengikut jadual tetapi penerbangan saya tertangguh dan dijadualkan berlepas selepas penerbangan beliau.
"She actually can sing well", kata beliau.
Saya pun teruja mendengar wanita Latin tersebut memuji vokal Ziana Zain. Dalam hati saya berkata, inilah masa dan peluangnya untuk saya memperkenalkan lagu dan penyanyi tempatan kepada pelancong asing.
'She's a famous singer in this country. Not only she can sing but she's an actress too. Her name is Ziana Zain, " kata saya.
Beliau menoleh ke arah saya sambil tersenyum , dia pun menjawab, "I know her. I worked together with her. I composed her songs.
Terkejut saya mendengarkannya. "So, you are not a Latina?
" Saya orang Melayu. Chek mai dari Kedah, katanya.
"Sorry Minta maaf, saya ingatkan Cik wanita asing.
"I"m Zuriani and you are? ", tanya.
"I am. Fuzz. Fuzz Fadhilah". Pleased to mee to you.
Selain lagu untuk Ziana Zain, beliau juga menghasilkan lagu untuk beberapa penyanyi terkenal seperti Siti Nurhaliza, Fauziah Latif, Liza Hanim juga termasuk Farra dengan lagunya Bagaikan Puteri.
"Tapi sayang hanyalah impian
Bulan tak bisa tumbuh di taman
Dan bila mentari datang
Pulanglah segala kenyataan
Jika dunia
Aku yang punya
Akan kuhiaskan
Sepasang sayap
Putih dan berseri
Untukku kemudi..."
#coretanfuzzfadhilah