Pages

Wednesday, 16 December 2020

47. Mama Sherry

Dullu dulu,. Beliau adalah penyanyi termasyhur di Malaysia. Semua peringkat umur dan segenap lapisan masyarakat mengenali beliau. 
Gambar Dato Sharifah Aini  Gambar kanan pada tahun 1986.

Kisahnya... 

Musim luruh 2003 - Fremantle Indoor market.

Sedang kami berjalan dari satu gerai ke satu gerai di dalam pasar tertutup itu,  saya ternampak kelibat Sharifah Aini ,di kalangan warga Australia yang berbangsa kulit putih di pasar tertutup tersebut.

"Mana mungkin beliau berada di sini dan apa yang buat beliau berada di sini," detik hati kecil saya.
Saya terdengar perbualan dan gelak seakan suara Sharifah Aini.
Saya terserempak dengan beliau, kali ini hanya beberapa meter beliau berjalan  dari saya sambil berbual mesra dan gelak bersama anaknya. Alif Omar.

"Oh My God, it is her", terpacul ayat saya kepada rakan saya.
"Who is it?", tanya kawan-kawan saya. orang Indonesia dan seorang bangsa Australia. 
"Sharifah Aini',  jawab saya. 
"The Sharifah Aini? The living lagend? The one that her song you always pla in my car? " tanya Mark.
"Yes. Maybe this is her private moment vacationing with her son and we could be invading her privacy," kata saya.
"Just say hello, she must be proud to have a fan saying hello to her thousands miles from home," sampuk Darwin. 

Kami menghampiri mekap artis yang turut bersiar-siar bersama beliau. Seorang bernama Rose Suci dan lagi seorang nama Dicky. 

"Kakak, saya dari Malaysia. Itu  Sharifah Aini, kan?", tanya saya.
"Ya", jawabnya ringkas.
"Boleh ke kami nak tegur  dia? Boleh ke akak bagi tau beliau ada peminat dari Malaysia nak autograph?", tanya saya lagi.

"Tegur je lah dia bukan makan orang pun", kata jurusolek itu.

Kami memperkenalkan diri. Saya sedikit gementar sebab tak pernah bersua depan depan apa tah lagi berbual bual dengan seorang yang sangat terkenal di Malaysia.

Masha Allah.  Baik dan peramahnya Sharifah  Aini mudah mesra dan penuh sifat keibuan, kata saya di dalam hati. 
Setelah berbual seketika.
Beliau meminta saya dan kawan saya menemani beliau dan anak bersama bersiar-siar. 
Sharifah Aini memberitahu,  beliau menyertai  rombongan produksi rakaman untuk sebuah rancangan hiburan untuk siaran hari raya.

Kami pun join lah Sharifah Aini dan rombongan beliau. 
Rupanya ramai lagi artis lain masa tu.  Ada Amy Mastura,  Ezlyeen,  Jeslina Hashim,  dan beberapa orang artis lagi yang saya tak ingat siapa. 
Azwan Ali pun ada masa itu. 

Kami sempat bergambar bersama di sekitar bandar Perth. Sharifah Aini mempelaawa kami menyertai rakaman hari Raya keesokkan harinya.
Setelah puas bersiar siar bersama, kami minta izin untuk pulang. 
Sharifah Aini menjemput kami bertiga makan malam bersama  beliau di sebuah restoran tetapi kami menolak dengan baik pelawaan beliau.  Ada sebab kenapa. 

Keesokan harinya. 
Kami memandu ke sebuah kawasan kejiranan di Perth. Ketika kami tiba di 
Di  kawasan tersebut,  beratus ratus warga Melayu yang menetap di Perth telah sedia menanti di perkarangan Masjid. Kelihatan sebuah bas tiba dan turunlah artis artis Amy Mastura, Jeslina Hashim, dan beberapa artis lain. Keadaan tenang, ada peminat yang bersalaman dengan artis. Ada yang berbual sesama mereka tanpa menghiraukan kedatangan artis.

Tidak lama selepas itu, muncul sebuah  kereta Mercedes Benz hitam, dan keluarlah Sharifah Aini. 

Ketika itu keadaan menjadi tidak terkawal. Semua yang hadir menjerit jerit memanggil Sharifah Aini. Sungguh hingar bingar keadaaan dengan jerit pekik yang teruja melihat kedatangan Sharifah Aini ke Perth.. Artis artis lain mereka tidak hiraukan kerana tumpuan kini adalah sepenuhnya kepada Sharifah Aini.
Ketika itu saya rasa sangat kagum. Betapa besarnya nama Sharifah Aini apabila semua orang yang berada di kawasan itu berteriak memanggil nama beliau, berebut rebut mahu bersalaman dengan beliau. Setelah keadaan reda, mereka sabar beratur untuk sesi autograph, ada yang membawa cd, kaset, poster. Majalah yang ada gambar Sharifah Aini. Ada yang bergambar bersama beliau. Ada yang menitiskan airmata dan menangis teresak esak bertemu beliau sehingga Sharifah Aini sendiri memujuk dan mententeramkan sesetengah mereka. 

Saya saksikan keadaan ini kerana saya duduk bersebelahan dengan Sharifah Aini ketika sesi bertemu peminat berlangsung.
Sebelum berakhir sesi berkenaan, Sharifah Aini sempat berpesan supaya peminat peminatnya mendoakan kesejahteraan beliau.

Kami kept in touch melalui emel sehingga saya pulang ke tanah air pada akhir tahun 2004. Saya dijadikan anak angkat kepada Mama Sherry.  Panggilan saya kepada Dato Sharifah Aini Al-Attas. 

Rest In Peace Mama Sherry, May Allah grant Jannah to you on your good deeds. Al- Fatihah.