Pages

Saturday, 19 December 2020

78. Sayong

Semalam (3/11/2020) Labu Sayong yang saya pesan dari nternet telah pun sampai. 
Saja saya mahu mengimbau kenangan lalu menerusi Labu Sayong ini. 
. Dulu di rumah Nenek ada banyak Labu Sayong ini.  Ada pelbagai bentuk dan saiz tapi semua berwarna hitam. Ada yang dibuat perhiasan dan ada juga digunakan untuk mengisi air. 
 Saya tidak pasti sama ada koleksi labu Sayong tersebut masih terdapat di rumah nenek atau tidak.

Mak saudara  saya berkahwin dengan orang Sayong, Kuala Kangsar, Perak. Itu yang banyak koleksi Labu Saying di rumah Nenek. 

Ketika saya berumur 10 tahun, saya pernah ikut Mak saudara  ke kampung halaman bapa saudara  saya di Kuala Kangsar. Layanan yang istimewa diberikan kepada saya. Maklumlah budak KL baru pertama kali sampai ke kampung.

Bapa  kepada bapa saudara saya,, Tok Lias dan isterinya, Opah (saya tak ingat nama Opah) sentiasa memastikan saya gembira dan selesa ketika bercuti di rumah mereka.
Tok Lias dan Opah merupakan  paternal grandparents seorang artis bertaraf antarabangsa. 

Opah dan Tok Lias melayan saya seperti cucu mereka sendiri.
Saya sangat teruja apabila Tok Lias membawa saya ke sawah bendang. Itulah kali pertama saya menjejakkan kaki ke batas sawah.
Says berlari- lari keseronokan di atas batas sawah. Selepas itu, saya singsingkan seluar saya ke paras lutut dan berjalan di dalam bendang sawah yang penuh lumpur. Mahu rasanya saya berkubang di situ seperti seekor kerbau. 😂😂😂

Tok Lias memanggil saya kembali ke batas sawah untuk pulang.
Naik saja ke batas sawah, kelihatan kaki saya diserang beberapa ekor lintah. 
Lintang pukang saya berlari mendapatkan Tok Lias yang sudah jauh meninggalkan saya di belakang.
Itulah memori saya pertama kali ke kampung. Teringat babak Ogy menyanyi di sawah dalam filem Ceritaku, Ceritamu.

#coretanfuzzfadhilah