Pages

Friday, 18 December 2020

55. Rakan Sebilik Tidak Rasmi

Gambar tahun 1996 di Auditorium Matrikulasi UIA Lembah Pantai. 

Pagi itu selepas solat Subuh, Mazha bersiap -siap hendak keluar.
Saya tanya dia nak pergi mana pagi-pagi? Mazha jawab nak pergi HKL tengok ayah dia. Saya cakap nak ikut. Dia jawab jomlah.
Perasaan ingin tahu saya membuatkan saya bertanya kenapa ayahnya dimasukkan ke hospital di KL yang jauh dari tempat keluarganya menginap. 
Mazha beritahu saya, ayahnya berada di Kuala Lumpur  untuk menjalani rawatan di HKL. 
Ayahnya, berada di wad menjalani rawatan tapi saya tak pasti rawatan apa. Chemotherapy rasa saya. 

Saya bersimpati dengan keadaan ayahnya.
Beberapa kali saya ikut Mazha ke hospital menziarahi ayahnya. Saya seronok temankan ayah dia.
Keluarga Mazha bergilir  gilir menjaga ayah Mazha di hospital. 
Kadang-kadang ada waktu Ayah Mazha tiada pelawat kerana jarak rumahnya yang terletak di negeri yang berlainan. 

Kalau Mazha sibuk dan ada kelas tak sempat melawat ayahnya di hospital, saya pergi sendiri seorang diri temankan ayah dia di hospital.
Sekurang kurangnya Ayah Mazha ada pelawat jadi tak  adalah beliau rasa kesunyian di wad tersebut.
Saya melayan ayahnya berbual -bual walaupun kesihatan dan pertuturan ayahnya terbatas. 
Saya banyak menghabiskan masa di hosputal.  Ketika  itu,  saya sudah tawar hati dan hilang tumpuan untuk meneruskan pengajian saya.  Semester berikutnya akan ke main campus PJ. 
Ayahnya dan saya berbual  tentang pelbagai perkara. dan saya  turut mendengar kisah ayahnya.  Kadang-kadang kami  hanya berdiam diri sambil Ayah Mazha  memegang dan menggengam tangan saya sehingga  dia tertidur. Saya biarkan saja tangan saya digenggam oleh ayahnya ketika beliau lena tidur.  Penat agaknya selepas rawatan kimoterapi. 

Saya tahu saya bukanlah anak atau ada pertalian darah dengan ayah Mazha tetapi saya bersimpati melihat  keadaan ayahnya.  

Kerana kerap melawat ayahnya di hospital,  kami menjadi semakin rapat.  Kadang-kala ketika di kampus saya teringat ayah Mazha dan tertanya-tanya apa khabar Pakcik hari itu. 
 Saya tidak lupa juga bawakan buah tangan untuk Pakcik.  Selalunya saya bawakan buah-buahan tetapi ayah Mazha  semakin merosot dan sukar untuk menelan. 

Ketika saya berada di bilik A304 asrama penginapan saya pada petang itu, saya telah dikhabarkan yang ayah Mazha telah meninggal dunia, saya terduduk,  berasa sedih dan terkejut. 

Mazha telah membawa jenazah ayahnya pulang untuk dikebumikan di kampung halamannya. 

Pagi esoknya, teman sebilik saya semua bercadang mahu menghadiri majlis pengebumian ayah Mazha.
Saya tidak ingat siapa di antara teman sebilik saya yang pergi ketika itu untuk nenziarah jenazah.
Kalau tak silap , seingat saya, yang pergi melawat selain saya adalah Hasrul, Rosly, Idahar dan seorang lagi saya tak ingat.  kami pergi menaiki teksi ke kampung Mazha. 

Sampai sahaja di perkarangan rumah, ramai dah orang yang datang menziarah keluarga Mazha. 
Apabila Mazha nampak kelibat kami di muka pintu, dia menyambut kedatangan kami dan memeluk saya dan saya ucapkan takziah kepadanya.
Matanya merah dan berkaca. Lepas tu Mazha, tinggalkan kami untuk menguruskan jenazah ayahnya.
Saya duduk di lantai di sebuah ruang di dalam rumah tersebut.
Selepas mengkafankan jenazah, Mazha datang pada saya mempelawa saya memberikan penghormatan terakhir untuk arwah ayahnya. 
Pada mulanya saya keberatan menerima pelawaannya dan saya menolak  di atas alasan saya bukan ahli keluarga,  tetapi Mazha  masih mahu saya menatap wajah Ayahbya buat kali terakhir. 
Demi menghormati pelawaan dan permintaan Mazha, saya ikut dia ke ruang tamu yang mana jenazah ayahbya sudah siap dikafankan. 
Saya renung wajah arwah seketika dan cium dahi arwah mengucapkan selamat tinggal.
Al Fatihah untuk Arwah Ayah Mazha. 

Mazha kemudiannya melanjutkan pengajian nya tahun pertamanya di dalam bidang Pengajian Islam. Saya pula terkandas akibat tidak lulus Bahasa Arab peringkat 3.
Saya kemudiannya mengambil keputusan untuk berhenti belajar di universiti berkenaan. 

Sejak itu saya terputus hubungan dengan Mazha sehingga saya melanjutkan pelajaran ke Australia. 

Lebih kurang dua tahun setelah berada di Australia,  saya pulang ke tanahair.  Saya  terus berusaha mencari Mazha, sahabat saya yang telah terputus hubungan.
Ketika itu, Saya mendapat perkhabaran yang  Mazha telah menjad  seorang Ustaz dan mengajar di sebuah sekolah di Sarawak. 

Tidak lama selepas saya bekerja,  saya telah dihantar ke Kuching,  Sarawak untuk satu tugasan. Ketika itu saya telah mendapat nombor telefon Mazha dan saya menghubungi beliau. Seronok saya dapat berbual dengan teman lama saya setelah enam tahun kami tidak bersua dan berhubungan. 

Ketika di Sarawak,  saya tidak dapat bertemu dengan Mazha kerana beliau berada di kawasan pedalaman kerana mengajar. 
Jarak lokasi Mazha dari tempat saya di Kuching kira-kira 150 km jauhnya.  Mungkin tidak ada rezeki untuk saya bertemu dengannya.
2010 - Empat tahun selepas saya pergi Sarawak,  akhirnya, penghujung tahun 2010, saya ada  bertemu dengan kawan saya itu.  Kami berbual untuk sejam dua sebelum saya bertolak balik ke Kuala Lumpur. 

2018 - Mazha turun ke Kuala Lumpur menziarahi saya.  Selepas subuh,  Mazha menghantar mesej kepada saya memberitahu yang dia sedang bertolak menuju ke Kuala Lumpur. 
Saya sekeluarga berbesar hati menerima kedatangan Mazha.  Keluarga sudah sedia maklum tentang persahabatan kami sejuk Matrik UIA. 
Beberapa juadah untyk sarapan dimasak oleh pembantu rumah. 

Saya tidak dapat melupakan insiden sesak nafas saya di UIA Lembah Pantai yang hampir meragut nyawa saya. Walaupun  tindakan pantas Mazha mencari inhaler di seluruh SDAF tidak berhasil tetapi beliau telah memanggil kenderaan perubatan dari main campus datang untuk hantar saya ke pusat rawatan di UIA kampus PJ tengah malam itu telah menyelamatkan keadaan. 

Setibanya di rumah saya,  beliau siap membawa tempoyak ikan Patin yang terkenal di Pahang untuk saya sekeluarga. Beliau cuba mencari sambal Pahang pada malam sebelumnya tetapi sambal tersebut kehabisan stok.
Dari tahun 1995 sehingga ke hari ini di tahun 2020. Terima kasih Ustaz Haji Mazha di atas persahabatan yang terjaln.

#coretanfuzzfadhilah