Pages

Friday, 18 December 2020

51. Moyang Saudara, Wan Chik

Gambar Moyang saudara saya  pada awal 1950an. 
Adik Moyang saya . Ibu saudara Nenek saya yang dipanggil Wan Chik. Nenek rapat dengan Wan Chik sebab Wan Chik dan Mak Besar memelihara dan membesarkan Nenek.  Mak Besar adalah panggilan untuk Nenda kepada Nenek saya. 
Gambar dirakam ketika beliau di luar negara memakai baju kebaya untuk menghadiri sebuah acara..
Ketika ini beliau baru tiba di destinasi beberapa hari sebelum acara bermula. 
Moyang saudara saya begitu juga dengan moyang saya gemar memakai baju kebaya atau berbaju kurung ketika menghadiri majlis,  tidak kira acara rasmi atau tidak rasmi. 

Perjalanan ke luar negara ketika itu tidak semudah hari ini. Walaupun sudah ada kapal terbang ketika itu tetapi industri penerbangan masih terhad.  Kapal pelayaran tetap menjadi pilihan popular ketika itu di awal 1950an. 

Dari Selangor menaiki keretapi ke Singapura kerana ketika itu kapal pelayaran  untuk ke Eropah hanya berlabuh di Pelabuhan Singapura. 
 Belayar dari Singapura mengambil masa 20 hari untuk ke destinasi di Eropah. 
Selesai acara,  beliau kembali ke tanahair dan mengambil masa another 20 days. 

Semasa saya kanak kanak, saya pernah berjumpa  moyang Wan Chik Mariam. 
 Beliau meninggal  dunia pada akhir tahun 80an. 
Tengku Idris Shah ( kini Sultan Sharafuddin)   turut mencemar duli menziarah jenazah arwah dan memberi penghormatan terakhir kepada moyang saudara saya. 
Al Fatihah.
#coretanfuzzfadhilah