Pages

Saturday, 19 December 2020

64. Rumah Agam Putih

Foto di sekitar Gua Hira,  Jabal An Nur.
Julai 1996
Kami menaiki kereta limosin yang serba mewah itu  Panjangnya kereta itu boleh memuatkan 12-15 orang.  Kerusi empok putih bersalut kulit. Siap ada telefon di dalamnya  Masa itu amat jarang sekali kelihatan telefon bimbit. 
Telefon yang terdapat di dalam limo itu bukan seperti telefon bimbit tetapi sebuah telefon macam di rumah atau telefon pejabat bertali dan bergagang

Apabila pintu pagat otomatik dibuka kelihatan tersergam indah rumah berwarna serba putih.  Rumah  tersebut dilimpahi cahaya lampu, malam itu. 
Besar dan tingginya rumah itu  Rumah banglo 5 tingkat serba putih itu  bertingkat  tingkat dan bertingkap cermin gelap tak ubah  seperti Globe Silk Stor tinggi dan rupanya  dari halaman luar.
Tuan rumah menyambut kedatangan kami. Kami dipelawa masuk ke dalam rumah ke ruang tamu yang luas dan serba mewah.
Kami berbual bual sambil duduk di atas sofa dan tuan rumah menghidangkan teh yang telah tersedia. 
Kemudian kami dipelawa ke tingkat lain untuk makan malam. Sebahagian daripada kami naik tangga yang melingkar dan sebahagian lagi naik lif ke tingkat 3 yang terletaknya dewan makan bukan ruang makan tapi dewan makan. 

Ada pelayan di depan pintu membuka pintu dewan makan. 
Makanan berupa Nasi Arab dan lauk dari kambing dan ayam terhidang di atas meja makan yang boleh menempatkan 20 orang. 

Kawan kami yang seorang itu di bawa oleh seorang wanita ke hujung meja menyertai beberapa wanita lain yang  merupakan anggota keluarga tuan rumah. 

Tuan rumah merupakan orang Melayu yang berhijrah di Mekah. 
Menurut beliau,  beliau dan ibubapa  beliau datang  dari Kedah ke Mekah  lebih 50 tahun yang lalu (sekitar tahun 40an) untuk
mengerjakan ibadah haji dan untuk menuntut ilmu daripada ulama-ulama terkenal di situ dan selepas itu terus mereka menetap di Mekah.
Tuan rumah mempunyai beberapa rangkaian hotel di Arab Saudi serta menguruskan perniagaan hartanah. 

“Pada ketika itu Arab Saudi masih lagi mengamalkan dasar terbuka kepada sesiapa sahaja yang datang dan mahu tinggal di sini,” katanya.

Pulang dari makan malam,  kami dihantar kembali ke hotel penginapan menaiki sebuah kereta limosin putih itu. 
Ketika kami masuk ke lobi hotel,  tetamu hotel yang berada di lobi tercengang dan terkejut apabila terlihat kami bertiga keluar daripada  limosin berkenaan. 

Kami bergegas menuju ke lif dan apabila  menghampiri kaunter frontdesk, pegawai frontdesk yang  bertugas menyapa kami. 

"Ke mana kamu bertiga pergi?   Dah lewat malam ini., " tanya Gulzar. 
"Ada sesiapa cari kami tak?", tanya kawan saya. 
"Takde.  Siapa yang hantar kamu naik limosin tu, " tanya Gulzar. 
"Kami pergi cari buah kurma lah", gurau kawan saya. 

Kami ucapkan selamat malam kepada Gulzar  apabila pintu lif terbuka dan kami masuk ke dalam lif untuk balik ke bilik masing-masing. 

Esoknya ketika turun di lobi Gulzar bertanya jika saya dan kawan-kawan mencari buah kurma.  Katanya dia boleh tolong. ...bersambung

PS: Malangnya gambar gambar lain di Mekah,  Madinah dan Jeddah di dalam sebuah album tidak di jumpai. Terdapat gambar saya di dalam kereta limo,  di mansion 5 tingkat,  gambar di dewan makan bersama tuan rumah ada di dalam album.  Juga terdapat  foto saya bersama seorang menteri yang menawarkan biasiswa untuk  saya melanjutkan pelajaran di negara beliau. Ini pun sebuah pengalaman yang menarik. 
Saya sedang mencari album foto tersebut.