Dah habis makan-makan, dan berborak, tibalah masa untuk pulang. Tapi, sebelum itu, kita bergambar dulu di balkoni pent-house sebagai kenang-kenangan berlatar belakangkan Menara Berkembar Petronas, KLCC.
Di sebelahnya Menara Maxis yang masih lagi di dalam pembinaan ketika itu
Walaupun Menara Berkembar Petronas tersergam indah tetapi masih belum dibuka kepada umum ketika itu pada tahun 1997.
Kerja kerja tanah masih berlangsung. Boleh nampak lori dan excavator bergerak menjalankan tugas bagi menyiapkan KLCC Park.
Kerja-kerja menyiapkan Menara Berkembar dan KLCC Park berjalan siang dan malam tanpa henti.
Bukan semua orang boleh naik lif ke unit kondominium itu. Perlukan kunci khas untuk menggunakan lif tersebut.Tetamu di sambut di lobi lif.
Apabila kunci berkenaan digunakan lif tersebut akan bergerak terus ke unit kondo tanpa berhenti di mana-mana tingkat walaupun ada penghuni lain yang menekan butang lif tetapi pintu lif tidak akan terbuka untuk mereka yang menekan butang lif sama ada mahu naik atau turun.
Jadi, adalah sedikit privasi dan tidak berkongsi lif naik dengan penghuni lain.
Macam dalam cerita Dynasty tahun 80an dulu, saya pernah tengok Alexis Carrington naik lif. Pintu lif terbuka terus dalam rumah. Masa tu saya rasa hebat sangat rumah Alexis! ๐๐๐
Tak sangka kat KL masa itu tahun 90an ada rumah ala ala rumah Alexis Carrington. ๐๐๐
#coretanfuzzfadhilah