Gambar menaiki pesawat yang ketika itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Subang.
Ke mana-mana saja saya pergi, saya akan disapa oleh orang tempatan di sana dan bertanyakan saya dari mana saya datang.
Apabila diberitahu, mereka akan berkata, "Malaysia Bagus!
Kedatangan orang Malaysia di sana amat disenangi oleh warga tempatan.
Ketika itu bulan Julai 1996, slogan 'Malaysia Boleh atau 1Malaysia belum kedengaran. Belum wujud lagi kedua-dua slogan tersebut.
Setelah selesai menunaikan solat fardhu dan solat sunat, saya dan rakan-rakan singgah di Hilton Makkah Tower yang pada masa itu baru saja dibuka.
Makkah Tower pada masa itu adalah bangunan paling tinggi berhampiran Masjidil Haram.
Jadi ramailah orang ke Makkah Tower. Ia menjadi tumpuan rakyat tempatan dan juga jemaah dari negara luar.
Kami tidak menetap di situ tetapi berkunjung ke Makkah Tower untuk minum kopi d situ.
Sambil kami minum kopi sambil kami berbual tentang rancangan kami untuk buat umrah kali kedua atau sebaliknya.
Tiba-tiba kami disapa oleh seorang lelaki Arab yang agak fasih Bahasa Inggerisnya lalu bertanyakan kami dari mana. Apabila diberitahu kami dari Malaysia terus dia berteriak Malaysia Bagus! Malaysia Bagus! Terasa macam famous sangat Malaysia waktu itu.
Dia memperkenalkan diri kepada kami dan dia mahu memperkenalkan kami kepada rakan niaga beliau yang berbangsa Melayu.
Pada mulanya saya teragak agak untuk menerima pelawaannya tetapi apabika memikirkan yang kami berempat dan dia seorang jadi apa nak takut lagipun dapat juga pengalaman berjumpa orang Melayu yang sudah lama menetap di Mekah.
Jadi Pak Arab tu kata dia akan datang ambil kami berempat lepas waktu isyak di hotel penginapan kami.
Lepas isyak kami bertiga menunggu di lobi hotel. Kami bertiga saja sebab yang seorang lagi tak jadi ikut pergi.
Sambil menunggu kedatangan lelaki Arab itu menjemput kami, saya dan seorang lagi rakan duduk di sofa lobi hotel sementara seorang lagi menunggu di luar.
Gulzar, penyambut tetamu hotel berkenaan, melambai dan memanggil saya. Saya bangkit dari sofa dan berjalan menuju ke arahnya.
"Apa pula kali ini yang Gulzar ingin bualkan," kata saya di dalam hati. Gulzar dari Pakistan. Sepanjang penginapan saya di hotel itu, rajin betul Gulzar ni berbual dengan saya kalau ada masa lapang.
Kadang-kadang dia bertanya pasal Malaysia. Mungkin dia ada rancangan untuk bekerja di Malaysia? Itu saya tak pasti.
Hampir 10 minit berbual dengan Gulzar, kelibat lelaki Arab tersebut masih tidak tidak kelihatan.
Saya mengundurkan diri daripada berbual dengan Gulzar dan pergi ke sofa mengajak kawan saya ke bahagian luar hotel untuk menyuruh rakan saya lagi seorang masuk ke dalam sebab saya rasakan kami telah ditipu.
Kami bertiga berbual sebentar berbincang mahu naik ke bilik hotel atau pergi bersiar-siar.
Tiba-tiba muncul sebuah kereta di hadapan kami. Bukan sembarangan kereta tetapi sebuah limosin putih yang panjang menjalar.
Tingkap bercermin gelap itu terbuka dan kelihatan lelaki Arab yang kami jumpa petang tadi tersenyum dan meminta maaf kerana terlambat. - bersambung...
#coretanfuzzfadhilah