Pages

Friday, 18 December 2020

60. Suatu Petang di Jalan Eaton

Akhirnya saya tiba di kawasan elit berkenaan yang nama jalannya persis sebuah kolej elit dan terkemuka di England.
Akhirnya saya tiba di Jalan Eaton.  Kelihatan banyak kereta mewah diletakkan di tepi jalan.  Ada juga beberapa orang sedang berbual bual sambil menghisap rokok di tepi jalan berkenaan.   Mungkin pemandu kepada tetamu yang hadir,  saya meneka. 

Saya pun berhenti dan meletakkan kereta saya di bahu jalan.  Sudah passti tepi jalan berhampiran rumah berkenaan dan di dalam laman rumah berkenaan penuh dengan kenderaan.Jadi tidak perlulah saya memandu hingga ke depan rumah. 
Saya berjalan kaki menuju ke rumah berkenaan. Saya lemparkan senyuman kepada polis trafik yang bertugas ketika itu sebagai tanda menghargai jasa beliau. 

Saya masuk ke dalam kawasan pagar yang terbuka. 
Tiba di muka pintu,, saya disambut oleh Datuk Nazir 

Suasana majlis agak santai dan tiada protokol yang perlu dipatuhi tetapi  walaupun keadaannya santai,  adab sopan ke majlis perlu dijaga tata tertibnya. 

Saya pergi mendapatkan dan bertemu dengan Tun Rahah yang duduk di ruang tamu. Tun Rahah seorang diri di kerusi sofa. Tidak kelihatan kakak beliau, Tun Suhaila., petang itu. 
Sudah lama tidak kelihatan Tun Suhaila.  Kalau di Hong Kong ada tiga beradik berpengaruh,  The Soong sisters,  di Malaysia kita mempunyai dua beradik ini. 

Saya berbual sebentar  dan bertanya khabar dengan Tun Rahah. Ramah dan bersopan santun orangnya.  Aura dari figura ini menyerlah. 
Kemudiannya,  saya meminta diri dan keizinan untuk ke taman yang luas di kawasan rumah berkenaan. 

 Lalu saya beredar menuju ke luar rumah. 
Keliharan anak keempat Tun Raha bersama tunang beliau yang sedang berbual-bual. 

Pasangan tersebut nampak saya dan mereka senyum pada saya. Beliau terus bersalaman dengan saya. 

Di satu arah yang lain,  kelihatan Dato Seri Najib dan isteri beliau sedang berbual bual dengan sepupunya, Dato Seri  Hishamuddin dan iTenglu Marcela, seorang kerabat DiRaja serta beberapa orang kenamaa  yang lain turut serta di dalam perbualan itu. 
Adakah mereka sedang berbual-bual mengenai isu negara atau berbual santai? Saya tidak pasti. 

 Saya meneruskan langkah ke laman rumah yang terhampar luas dengan rumput yang cantik menghijau. 

Saya berjalan menuju ke tembok batu yang mengeliling seluruh kawasan rumah berkenaan.  
Di sebalik tembok berkenaan kedengaran bunyi kenderaan bergerak bertali-arus tidak putus putus dan membuatkan saya kehairanan. 
Ketika saya memandu ke rumah berkenaan,  jalannya sunyi sepi dan penuh dengan pokok-pokok besar yang menghijau dan mendamaikan tetapi di sebalik tembok di taman rumah itu suasananya amat berbeza.  

Kedengaran hiruk pikuk  kesesakan lalu lintas wargakota Kuala Lumpur pulang dari kerja menuju ke rumah masing-masing.  Pastinya di sebalik tembok berkenaan adalah sebatang jalan utama yang sibuk.  Trunk road teka saya. 
Jalan apakah di sebalik tembok ini? Saya tertanya tanya.
Begitulah keadaan di rumah Tun Rahah Noah pada suatu petang. 
Innalillahi wainna ilaihi rojiun... Al fatihah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Allahyarhamah Tun Hajjah Rahah Noah...(1933-2020)
18 Disember 2020