Foto bersama sebahagian daripada rakan sekuliah saya pada tahun 1996 di tangga auditorium, Pusat Matrikulasi UIA, Jalan Pantai Bharu,Kuala Lumpur.
Foto pintu masuk utama ke bangunan kuliah dan pentadbiran.
Di Matrikullasi UIA, saya ada kelas dengan seorang pensyarah. Kelasnya selama sejam seminggu sekali.
Saya dan roommate saya Rosly satu kelas masa itu.
Pensyarah kami seorang yang tegas.
Air mukanya garang dan membuatkan pelajar gerun.
Kelas diadakan pada setiap hari Isnin pada waktu pagi tapi saya tak ingat pukul berapa.
Tiada siapa yang berani berbual-bual atau main-main di dalam kelas beliau.
Kami hanya bersuara apabila disoal.
Pada hari minggu itu, tak ingat bulan berapa tetapi dalam tahun 1996 tiba-tiba terpampang gambar pensyarah kami di dada-dada akhbar utama seperti Mingguan Malaysia dan Berita Minggu.
Front Page! Gambar beliau sedang menikahkan anak beliau, seorang penyanyi terkenal.
Gempar seluruh Matriks UIA terutama di hostel masa itu.
Tahun itu juga lagu penyanyi tersebut tengah meletop letop dengan lagunya berirama catchy dan menjadi siulan ramai dari kanak-kanak sehingga dewasa.
Esoknya ketika di dalam kelas, pensyarah kami masuk kelas macam biasa. Macam tiada apa yang berlaku. Mukanya serius dan kelas berlangsung seperti biasa
Walaupun pensyarah kami tahu yang beliau telah menjadi mashyur pagi semalamnya.
Tiada siapa pun di antara kami yang berani menanyakan beliau tentang berita semalam yang gempar dan sensasi.
#nostalgiafuzz
Sampai sekarang pun saya masih suka mendengar lagu tersebut.
Lagu rancak tetapi kisahnya sedih.
oh...Tapi sayang
Hanyalah impian
Bulan tak bisa tumbuh ditaman
Dan bila mentari datang
Pulanglah segala kenyataan
Jika dunia
Aku yang punya
Akan kuhiaskan
Sepasang sayap
Putih dan berseri
Untukku kemudi