Pages

Friday, 18 December 2020

57. Artin Vaqari dan UIA, PJ

Gambar tahun 1995 ketika menyambut hari jadi ke 18. Bersama kawan kawan di UIA PJ,  pelajar degree. kecuali Azrul dan Fitri.
Ini di dewan makan kolej lelaki  pelajar perempuan tidak dibenarkan masuk.

Ketika rakan sebilik saya dan rakan sekuliah saya sibuk di UIA Lembah Pantai,  Saya sudah selangkah ke hadapan.  Sudah sampai ke UIA PJ secara tidak rasmi. 😂😂😂😂

Sebelum saya diterima secara rasmi sebagai pelajar di UIA,  ketika sedang menunggu keputusan SPM, UIA PJ seumpama taman permainan buat saya
Hampir setiap hari saya ke sana ketika menunggu keputusan SPM dan juga ketika menunggu keputusan UPU untuk tawaran ke universiti.
Begini kisahnya, 

Semasa saya menunggu keputusan SPM,  saya telah bekerja di sebuah tempat membungkus coklat di dalam bekas ceramic yang bertemakan perayaan Christmas ketika itu.
Ada beberapa orang yang sedang menunggu keputusan SPM turut bekerja di situ.  Dua gadis dari Assunta dan dua lagi dari Sri Aman.  Yang budak lelaki saya tak ingat dari sekolah mana.

Tapi ada seorang lelaki sedang cuti semester turut bekerja di situ ketika cuti semester beliau.
Artin adalah pelajar UIA dan kami selalu makan tengah hari sama sama di gerai berdekatan.  Kadang kami join budak budak perempuan tu  tapi selalunya mereka makan di tempat yang lebih jauh sebab mereka berkereta. Anak-anak orang kaya.

Saya selalu bertanya Artin.
Artin,  best ke study di UIA?
Artin,  macam mana suasana di UIA?
Artin, UIA tu ada tak macam dalam filem Ali Setan tu?
Dia terpnga-pinga apabila saya bercakap pasal filem Ali Setan.
Manalah dia nak tahu sebab dia bukan orang sini.
Agaknya sudah bosan dengan pelbagai soalan saya,  suatu hari  Artin mengajak saya ke  kampus UIA.
"Jauh tak dari sini", tanya saya.
"Tak jauh.  Dekat je.  Boleh jalan kaki saja", jawab Artin.
.
Kami pun berjalan kaki dari Seksyen 13 ke Seksyen 14 dan melaui Jalan Universiti.
Takdelah dekat, , 15 minit juga jalan kaki.  Tiba di pintu Utama UIA,  berpeluh dan basah jugalah ketiak.  Itu yang Artin cakap dekat je!

Saya dibawa berjalan-jalan sekitar kampus UIA,  PJ. Saya  terus jatuh cinta dengan campus life di UIA.
Saya beritahu Artin yang saya suka akan suasana UIA. Saya mesti sambung belajar di UIA.
Tapi bergantung kepada keputusan SPM saya.

Selepas makan malam di UIA,  Artin yang belanja malam itu,  saya tersedar yang hari sudah lewat malam.  Saya bergegas pulang.  Pasti Nenek risau.
Sampai di muka pintu,  adik saya Poji senyum sambil menegakkan jari telunjuknya tanda saya akan dimarahi Nenek.
Belum sempat Nenek marah,  cepat cepat saya buka cerita pasal Artin dan UIA untuk mengalihkan tumpuan kemarahan Nenek.

"Tak jadilah nak apply ke USM ni?,  tanya Nenek.
" Tak kot.  Rasa macam UIA ni pun best, jawab saya.
"Baguslah,  tak payah pergi belajar jauh-jauh. Cepat benar terpengaruh dengan filem Ali Setan tu," kata Nenek.

Sejak itu,  saya sering ke UIA,  PJ.  Makan di kafe UIA,  makan di kantin yang ada french window. Kadang-kadang Artin seludup saya masuk library.  Dia study dan saya merayau rayau dalam library tu. 

Keputusan SPM keluar dan saya mendapat keputusan cemerlang membolehkan saya melanjutkan pelajaran ke universiti.

Keputusan SPM keluar dalam bulan Raya.  Saya rasa minggu pertama Raya.
Nenek buat makan-makan.  Macam-macam juadah Raya yang Nenek masak.  Nenek suruh jemput Artin.  Saya pun pelik kenapa Nenek menyuruh saya menjemput Artin makan makan di rumah Nenek.
Saya pergi jumpa Artin dan beritahu Artin tentang keputusan SPM saya lalu Artin mengucapkan tahniah dan menghadiahkan saya sebuah buku bertajuk How to Study Law by.... Greene. Dan saya menjemput Artin untuk makan-makan hujung minggu itu.

Majlis makan-makan untuk raikan keputusan SPM saya yang cemerlang turut dihadiri oleh pakcik makcik dan sepupu-sepupu saya.  Beberapa rakan rakan Victorians saya  turut hadir.  Fitri pun ada masa itu.

Artin tiba. Saya jemput Artin masuk bertemu Nenek.  Kami berbual sebentar sementara Nenek menyiapkan hidangan di meja makan. 

Artin  merupakan tetamu istimewa Nenek pada  hari itu.  Nenek menjemput kami makan lalu Nenek beredar ke dapur untuk hidangkan lagi beberapa juadah untuk kami.

Sedang saya dan Artin makan,  Nenek sertai kami di meja makan.  Nenek cuba berbual dengan Artin tetapi sedikit sukar sebab dulu Nenek pergi sekolah Melayu/Arab yang  Nenek mahir bertulisan jawi.

Nenek suruh saya terjemahkan kata-katanya kepada Bahasa Inggeris. 
"Apa gunanya kamu pergi belajar di  British Council kalau tak boleh tolong Nenek terjemahkan", bisik Nenek kepada saya tidak mahu pakcik dan makcik saya mendengar.
Nenek secara rahsia pernah menghantar saya ke British Council untuk memantapkan Bahasa Inggeris saya yang dulu sedikit lemah berbanding rakan sekelas saya di V. I.

Saya terjemahkan kata-kata Nenek ke dalam Bahasa Inggeris untuk Artin. Sambil saya terjemah sambil saya menahan sebak.

Nenek mengucapkan terima kasih kepada Artin  sebab berkawan dengan saya. Nenek juga mengucapkan terima kasih kerana berjaya mengubah fikiran dan pendirian saya.
Nenek beritahu Artin, siang dan malam Nenek berdoa. Setiap kali selepas solat Nenek memohon kepada Allah supaya
melembutkan hati saya supaya saya tidak pergi ke USM dan membuka hati saya sambunbg belajar di tempat yang berdekatan dengan rumah Nenek.

Nenek enggan berpisah jauh jauh dengan saya.  Nenek di KL dan saya akan berada di Penang.
Nenek bersyukur kepada Allah.
Ternyata Allah makbulkan doa Nenek apabila saya memilih untuk ke UIA setelah berkenalan dengan Artin.

#coretanfuzzfadhilah