Minggu kedua di Perth, saya sudah mula rindukan masakan Melayu sebab tak larat asyik makan fish and chips saja.
Jadi, saya pun pergi ke bandar Perth dan makan di restoran yang menyajikan makanan Melayu.
Saya order nasi putih dan masak asam pedas ikan tengiri. Ikan tenggirinya ada seketul bersaiz sederhana.
Bila sampai bil, rasa nak tersedak saya. Harganya AUD30.
Betapa terkilannya saya sebagai seorang pelajar dikenakan caj sebegitu.
Itu first and last saya makan kat situ. Beberapa bulan kemudian, apabila Biduanita Sharifah Aini mengajak saya makan malam di restoran Melayu, saya jadi fobia. Saya menolak pelawaan beliau secara baik dan saya terus pulang ke kampus.
😂😂😂 Dan itu juga first and last saya beli atau makan makanan Melayu di luar kecuali kawan kawan saya masak.
(It was nice of Alma, Nora and Tunku Putri to cook for me and invited me to have dinner with them outside on the lawn of their flat like a little picnic)
Pernah juga sekali saya makan di sebuah restoran berkonsepkan kedai Mamak
Harga roti canainya AUD 5.00 sekeping dan Teh Tarik gelas kecil berharga AUD3.00.
Selepas itu, tak pergi dah. Sayang duit...
Lebih murah dan lebih menyenyangkan makan fish and chips.
Kadang-kadang saya makan sushi di restoran Taka seperti di dalam gambar ini sebab pada waktu waktu tertentu, dia ada offer harga sushi yang murah so bolehlah jimat sikit.
Ada kala, saya bersama teman- teman satu universiti ke Fremantle, sebuah bandar pelabuhan tidak jauh dari kampus universiti. Kami ke Fremantle untuk menjamu selera.