Pages

Saturday, 19 December 2020

79. Gadis dari Jerman

Pada 2018, saya tinggal di sebelah rumah Mak Lang saya di atas tapak tanah pusaka arwah nenek.
Suatu hari saya teringat kepada seorang gadis Melayu dari Jerman yang pernah bermalam di rumah Mak Lang yang  ketika itu  menetap di Ampang-Ulu Klang.

Mak Lang terkejut dan kagum dengan ingatan saya  yang masih boleh mengingati gadis tersebut walapun saya jumpa gadis tersebut sekali sahaja pada tahun 1989, ketika itu saya berumur 12 tahun dan gadis tersebut berusia 16 tahun.
Ketika itu gadis dari Jerman baru sampai  ke Kuala Lumpur dan dijemput oleh pakcik dan makciknya.

Gadis tersebut merupakan anak saudara kepada biras Mak Alang. Biras Mak Alang merupakan isteri kepada adik Pak Lang dan  mereka mempunyai seorang anak perempuan bernama Alis yang berumur 3 atau 4 tahun ketika itu.
Alis, ibu bapanya bersama sepupu Alis  dari Jerman  tiba di rumah Mak Alang. Ketika itu bapa Alis bertugas sebagai seorang magistrate di Pahang.

Gadis tersebut datang ke Malaysia dari Jerman seorang diri tanpa ditemani sesiapa. Katanya sudah biasa sebab setiap tahun dia akan datang Malaysia seorang diri.Fasih juga dia berbahasa Melayu. Kagum saya masa itu.

Sepupu Alis, gadis dari Jerman itu lahir dan membesar di Jerman setelah bapanya, abang kepada ibu Alis berkahwin dengan wanita Jerman.

Gadis tersebut berbual dengan Alis di dalam bahasa Inggeris. Walaupun baru berusia 4 tahun, Alis fasih berbahasa Inggeris. 
Pada usia semuda itu, Alis telah dihantar ke kelas piano dan ke kelas ballad.

Esok paginya saya bersarapan bersama Pak Lang, adik lelaki Pak Lang (Ayah Alis), Mak Alis, Alis dan sepupunya dari German serta Mak Lang saya. Saya tidak ingat apa yang Mak Lang saya masak dan sediakan untuk sarapan pagi itu.

Gadis dari Jerman sibuk melayan sepupunya yang masih kanak- kanak itu tetapi begitu  petah, keletah dan lincah pagi itu. 
Kanak- kanak tersebut berbual dalam bahasa Inggeris berslanga dengan sepupunya  dari Jerman itu.

Saya tidak banyak berbicara. Sesekali saya menjawab pertanyaan Uncle Na'i,  adik kepada Pak Lang. Selebih waktunya, saya makan dan perhatikan suasana meriah perbualan mesra di antara tuan rumah dan tetamu tetamu pagi itu.
Seronok Mak Lang melayan adik ipar dan isteri beliau serta budak petah berbicara dan sepupu darah campurannya itu.

Berbalik ke tahun 2018, menjawab soalan saya bertanyakan khabar gadis dari Jerman tersebut, Mak Lang memberitahu beberapa tahun selepas pertemuan itu, gadis dari Jerman tersebut telah meninggal dunia kerana penyakit leukimia pada usia 22 tahun.

Terkejut dan sedih saya mendengarkannya. Tak sangka beliau meninggal dunia pada usia muda. Tiada siapa yang dapat melawan takdir
kerana ajal maut adalah ketentuanNya. 
Al Fatihah untuk gadis dari Jernan.

Apa khabar pula si gadis cilik yang lincah, Alis yang petah berbahasa Inggeris itu?
Alis kini berada di Amerika Syarikat demi mengembangkan sayap kerjaya seninya di sana.

Alis menggunakan nama pentas dengan memendekkan nama beliau dari Yunalis kepada Yuna.
Pada tahun 2018, beliau telah berkahwin dengan Adam Sinclair iaitu adik bongsu kepada Arwah Ashraf dan Aishah Sinclair.

#coretanfuzzfadhilah 
Kredit Gambar: Yuna Zarai

78. Sayong

Semalam (3/11/2020) Labu Sayong yang saya pesan dari nternet telah pun sampai. 
Saja saya mahu mengimbau kenangan lalu menerusi Labu Sayong ini. 
. Dulu di rumah Nenek ada banyak Labu Sayong ini.  Ada pelbagai bentuk dan saiz tapi semua berwarna hitam. Ada yang dibuat perhiasan dan ada juga digunakan untuk mengisi air. 
 Saya tidak pasti sama ada koleksi labu Sayong tersebut masih terdapat di rumah nenek atau tidak.

Mak saudara  saya berkahwin dengan orang Sayong, Kuala Kangsar, Perak. Itu yang banyak koleksi Labu Saying di rumah Nenek. 

Ketika saya berumur 10 tahun, saya pernah ikut Mak saudara  ke kampung halaman bapa saudara  saya di Kuala Kangsar. Layanan yang istimewa diberikan kepada saya. Maklumlah budak KL baru pertama kali sampai ke kampung.

Bapa  kepada bapa saudara saya,, Tok Lias dan isterinya, Opah (saya tak ingat nama Opah) sentiasa memastikan saya gembira dan selesa ketika bercuti di rumah mereka.
Tok Lias dan Opah merupakan  paternal grandparents seorang artis bertaraf antarabangsa. 

Opah dan Tok Lias melayan saya seperti cucu mereka sendiri.
Saya sangat teruja apabila Tok Lias membawa saya ke sawah bendang. Itulah kali pertama saya menjejakkan kaki ke batas sawah.
Says berlari- lari keseronokan di atas batas sawah. Selepas itu, saya singsingkan seluar saya ke paras lutut dan berjalan di dalam bendang sawah yang penuh lumpur. Mahu rasanya saya berkubang di situ seperti seekor kerbau. 😂😂😂

Tok Lias memanggil saya kembali ke batas sawah untuk pulang.
Naik saja ke batas sawah, kelihatan kaki saya diserang beberapa ekor lintah. 
Lintang pukang saya berlari mendapatkan Tok Lias yang sudah jauh meninggalkan saya di belakang.
Itulah memori saya pertama kali ke kampung. Teringat babak Ogy menyanyi di sawah dalam filem Ceritaku, Ceritamu.

#coretanfuzzfadhilah

77. Perth ke Sydney

2018 - Terjumpa boarding pass ini terselit di dalam album sewaktu  saya berada di rumah nenek.

Boarding pass berusia 17 tahun.  Boleh ambil SPM usianya

2003
Saya menerima emel daripada kawan saya sekitar pertengahan bulan April tahun berkenaan.  Ketika itu,  saya baru saja dua bulan berada di Perth.
Saya juga baru beberapa hari pulang dari Malaysia setelah bertemu Nenek saya.  Pertemuan rahsia di antara saya dan Nenek pada bulan April tahun itu.

Kami berhubungan melalui emel bukan sebab dia kawan maya  tapi  itulah cara berkomunikasi yang murah dan cepat pada masa itu.
Kami sudah berkawan sebelum saya berlepas ke Perth lagi.

Kawan saya yang ketika itu berada di Kuala Lumpur, telah menjemput saya ke majlis konvokesyennya di Sydney,  Australia. Saya menolak jemputan tersebut kerana jarak yang jauh dari Perth.
Saya memberitahunya yang lebih layak menghadiri majlis itu dan meraikan kejayaannya  adalah ahli keluarganya.

Dia membalas emel saya dan  memberitahu yang ibu bapanya dan adik beradiknya tidak dapat  menghadiri. Begitu juga teman wanitanya.

Saya berasa kasihan lalu saya bersetuju untuk menghadiri majlis konvokesyen walaupun di dalam hati saya berkata,  "Manja sangat dia ni!  spoilt brat! ".


Ketika itu tiada penerbangan tambang murah seperti hari ini yang mana everyone can fly.
Penerbangan  domestik dengan syarikat Qantas dari Perth ke Sydney itu sama jarak dan jangka waktunya dengan penerbangan Perth-KL.  Harga tiketnya pun sama mahal.

Saya pun terbang dari Perth ke Sydney.

Selesai acara konvo, beliau telah menempah sebuah plak kayu dan besi untuk ijazahnya.  Plak macam bentuk empat segi bingkai gambar.
Beliau juga meminta bantuan saya mendahulukan membayar untuk plak besi dan kayu ijazahnya.  Pada mulanya saya keberatan tetapi kemudian saya mengalah.  Saya tidak mahu menghampakan dia.


Hari itu hari dia di dalam kesedihan dan dia perlukan bantuan saya,  mana tahu pada masa hadapan,  saya pula yang perlukan bantuan dia.
Selepas itu,  Dia pulang ke KL dan saya terbang ke Perth.
Beberapa bulan selepas itu,  kami terputus hubungan atau mungkin dia mendiamkan diri. 

Saya pun tak kisah.  Ramai lagi kawan dan sahabat handai yang baik dan setia dalam bersahabat  dengan saya.
Pengajarand di sini,  buat baik berpada-pada,  buat jahat,  jangan sekali.
#coretanfuzzfadhilah

76. Lagu Pascale dan Birthday Boy

Gambar penyanyi Lebanon,  Pascale Machaalani ketika menyanyi untuk sebuah acara di Kuala Lumpur 20 tahun yang lalu. 
Dulu dulu Pascale amat popular di Malaysia. 

Tahun 2000, album Pascale Nur Escham terjual laris dengan lagu hits beliau Nur Escham. 
Saya pernah menghadiri sebuah majlis harijadi seorang kenamaan. Bekas Timbalan Menteri. 
Lagu happy birthday berkumandang sambil pelayan menolak meja beroda atau meja di atas troli beroda?  Saya tak pasti yang mana satu.  
Di atasnya terdapat sebuah kek yang besar ditolak masuk ke dalam dewan menghala ke arah birthday boy yang berdiri di hadapan dewan. 
Setelah ditolak meja berkenaan hampir dengan nirthday boy,  pelayan pun beredar meninggalkan kek itu di depan birthday boy.

Sangka birthday boy,  lagu happy birthday sudah tamat dinyanyikan maka,   tibalah giliran dia untuk memotong kek tetapi sangkaannya meleset. 

Berkumandang pula lagu Nour Eschaam nyanyian Pascaale Machaalani. 
Dan dari meja bertroli dan kek besar bertingkat itu,  muncul seorang penari gelek  yang sangat seksi meliuk lentok macam ular kena palu keluar dari kek tersebut. 
Rupanya atas meja bertroli tu bukan kek betul.  Hanya replika kek saja. 

Merah padam muka birthday boy tersenyum kesipuan.  Dewan menjadi riuah dan gamat dengan sorakan tetamu.  Siapalah yang perdajal birthday boy! 😂😂😂😂

75. Ali Setan dan USM

Gambar petikan filem Ali Setan 1985. 35 tahun yang lalu. 

Ketika menonton  filem Ali Setan  buat kali pertama pada akhir tahun 80an yang disiarkan di tv sempena Hari Raya. 
Selepas iru,  selalu juga filem ini keluar di tv.  Tak jemu menonton kisah Aki dan Asmidar serta rakan-rakan mereka di USM. 
Kisah kehidupan di kampus. 

Saya selalu berangan  mahu melanjutkan pelajaran ke USM. Saya nekad mahu belajar bersungguh sungguh. Tiada siapa yang akan menghalang cita-cita saya. 

Takdir menentukan segalanya apabila saya melanjutkan pelajaran ke Pusat Matrikulasi UIA di Lembah Pantai,  Kuala Lumpur. 

Pada pertengahan tahun 2003,  saya berkenalan dengan beberapa orang yang berasal dsri Pulau Pinang termasuk anak kepada pensyarah di USM.

Mereka mengajak saya ke Pulau Pinang dan mereka membawa saya bersiar-siar di USM.  Walaupun tidak study di USM tapi dapat jugalah saya berjalan jalan di dalam kampus USM Minden.

74. Keputusan SPM

Ambil keputusan SPM oada bulan Syawal 1995. Minggu pertama Aisilditri ketika itu. 

Alhamdulillah dapat Pangkat 1 masa ni dan berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti 
SPM dulu guna sistem pangkat ikut aggregat

Ketika saya menunggu keputusan SPM saya bekerja di Seksyen 13, Petaling Jaya. 
Kebetulan rakan sekerja  saya orang Albania study di UIA PJ. 

Selepas waktu kerja,  dia bawa saya melihat keadaan kampus UIA.
Terus saya minat nak masuk UIA PJ.  Seronok tengok campus life masa itu. 
Borang UPU saya dari pilihan 1 hingga 5, semuanya UIA.

Sementara tunggu keputusan UPU,. saya masuk tingkatan 6 Rendah di V. I
#coretanfuzzfadhilah

73. Koleksi Gambar Passport

Koleksi peribadi gambar datuk saudara saya. 
Gambar berukuran passport dari tahun 1969-1977
Atok sedara dan Nenek sedara saya selalu mengunjungi Nenek saya terutama pada hujung minggu
Nenek saudara dan Nenek saya adalah sepupu. 
Ketika itu,  setiap kali menziarahi Nenek,  mereka akan beri saya RM10 sebagai saguhati.. Masa itu saya kanak-kanak dapat RM10 memang seronok.  Besar nilainya ketika itu. 

#coretanfuzzfadhilah

72. Hari Terbuka Angkasapuri

Gambar Ramlah Ram terserempak dengan peminat peminatnya yang terdiri daripada pelajar sekolah yang membuat lawatan ke RTM tahun 1988.
(kredit gambar: namaku Cella). 

Memang Ramlah Ram sangat top masa itu. Saya ingat lagi masa saya pergi hari terbuka RTM  di Angkasapuri bulan Disember tahun 1988.
Masa tu artis dia adalah Ramlah Ramlah datang untuk memeriahkan hari Terbuka RTM. 

Di luar tepi jalan Auditorium Besar RTM penuh sesak dengan kebanjiran pengungjung. Tpengungjung berpusu-pusu ke Angkasapuri. Tepi jalan sampai tengah jalan  penuh dengan orang tunggu Ramlah Ram sampai. 

 Ramlah Ram tiba dengan menaiki kereta Proton Saga putih. Masa tu dia baru beli kereta tu tapi dia takde lesen lagi so dia pasang driver dan ada bodyguard ya  dalam kereta proton tu.  
Boyguard untuk kawal keadaan dan kawal Ramlah Ram daripada diserbu peminat. 

Ramlah Ram sampai  saja, depan auditorium RTM,   belum keluar kereta lagi,  peminat  dah serbu kereta dia. Berhimpit-himpit,  bertolakan sampai takut Ramlah Ram nak keluar dari kereta.  Lima ke 10 minit juga dia duduk dalam kereta tunggu bodyguaed dia dan security team RTM meredakan keadaan ketika itu. 

 Pengungjung dah macam kena histeria menjerit  jerit panggil nama dia dan ada yang nak autograph.
Masa  tu Ramlah Ram pakai  blaus serba putin dengan topi koboi dan kasut but putih bertumit tinggi.  Kecil dan genit saja RamlahvRam. Memang superstar sangat Ramlah Ram masa itu.

#coretanfuzzfadhilah

Ramlah Ram adalah pemenang Bintang RTM pada tahun 1985. Beliau membuat persembahan memukau menerusi lagu 'Rindu' yang dipopularkan oleh Hetty Koes Endang pada malam akhir satu-satunya pertandingan berprestij ketika itu.

71. Banglo Jalan Utara, PJ

Rumah Banglo Mewah berusia 40 tahun. 

Kisahnya... 

Malam tadi  (11/12/2020) saya ternampak iklan hartanah untuk dijual.

Walaupun tidak dinyatakan siapa pemilik  rumah banglo ini,  tetapi saya masih lagi boleh cam keadaan sekeliling banglo ini. 

Rumah banglo ini berusia 40 tahun tetapi sekitar 16-17 tahun dahulu, ia telah diubahsuai menjadi 3 tingkat dan mempunyai 12 buah bilik. 

Susun atur perabotnya tidak banyak berubah sejak dulu.
Rumah milik Biduanita Negara Arwah Dato Sharifah Aini. 

#coretanfuzzfadhilah

70. Syed dan Sharifah

Gambar pada tahun 1995 bersama rakan sekuliah saya,  seorang Sharifah selepas pementasan teater dari adaptasi cerita pendek Young Goodman Brown karya Nathaniel Hawthorn untuk pojek akhir tahun peperiksaan kami. 

Sambil  menonton rancangan tv.muncul Nenek di ruang tamu. 

"Siapa tu?",  tanya Nenek
"Orang Arab,  Mak",  jawab makcik saya. 
"Ohh pandai cakap Melayu.  Ingat tadi keturunan Sharifah Syed, kata Nenek. 

"Ini isteri Mufti.  Mak kepada pelakon Wafa tu," kata Makcik.

"Keturunan Syed Sharifah ini banyak yang kahwin dengan kerabat dan anak raja", kata Nenek. 

Macam Mak kepada Wan Che Muna dan Tok Ngah Bakhtiar (Wan Che M dan TN Bakhtiar adalah sepupu Nenek) tu adalah  seorang Sharifah  dan membesar di istana.  Masa tu  emak mereka  dibesarkan oleh TAJ sebab TAJ tak ada  anak perempuan masa itu", kata Nenek. 

"Ohh,  ya ke,  Nek",  sampuk saya. 

"Ya lah Che Muna dan Tok Bakhtiar bukan keturunan sembarangan", kata Nenek. 

"Macam anakanda Sultan Perak yang  dulu  tu,  kahwin dengan Syed.  Sultan Terengganu pun kahwin dengan Sharifah tapi isteri nombor dua sebab isteri pertama
Anakanda Sultan Selangor dulu, " jelas Nenek.

Sharifah dan Syed ni kaya-kaya. Macam kat Raffles Hotel y tu, tanah hotel itu keturunan  keluarga Syed Al-Sagoff yang punya', 

"Kenapalah  kita ni bukan keturunan Syed atau Sharifah?", tanya saya. 
"Takpelah,  ok lah tu  muka awak tu pun   ada juga macam orang Arab sikit sikit. Kulit pun putih merah macam Syed", kata Nenek. 

"Mana ada putih merah,  mana ada macam orang Arab.  Orang Arab hidung diaorang  mancung mcm isteri Mufti kat tv tu  tadi,  macam Sharifah Aini tu.  Ini harapkan hidung je besar. tak mancung tak kemek tapi  besar," kata saya. 

"Eh panjang pulak menjawabnya.  Bersyukurlah ada hidung,  kalau tak ada hidung macam mana nak bernafas? ", perli Nenek.

#coretanfuzzfadhilah

69. Benjy

Filem pertama lakonan Benjy pada usia 9 tahun.  Penggambaran  filem Perempuan dijalankan pada tahun 1987 dan mula ditayangkan pada tahun 1988.

Turut Berlakon Azean Irdawaty,  Izzaidah Khairan,  Melissa Saila,  Mariani,  Hisham Ahmad Tajuddin dan Zainol McWilson. 
Dulu masa kecik kecik ada ditayangkan pada malam Raya tapi masa tu tak berapa faham jalan cerita dia.

Masa saya kecil kecil selalu tengok Benjy keluar di majalah bersama ibunya. 
Pada saya masa itu rasa beruntungnya Benjy mempunyai ibu yang mashyur dan bekerjaya.

Bestnya,  Azean siap ada lagu untuk Benjy. 
#coretanfuzzfadhilah

https://youtu.be/hwXoiHHVl1w

68. Lihatlah Dunia...!

Gambar Aktres Azean Irdawaty pada 13 April 1980, bertempat di, Hotel Hilton, Kuala Lumpur. bersempena Pesta Filem Malaysia yang dianjurkan oleh Persatuan Wartawan Hiburan (EJA).

Lihatlah Dunia
Akulah Anak Wayang
Mampu Berjaya" - Azean Irdawaty

Nenek saya cerita dulu Azean Irdawaty adalah cucu seorang Hakim di sebelah Utara.  Datuk beliau mahu menghantar beliau ke Untuk Kingdom untuk melanjutkan pelajaran.  

Tetapi Azean berkeras mahu menjalani kehidupan sebagai anak seni, lalu beliau pun berhijrah ke Kuala Lumpur deki mencapai cita-cita.  Siang bekerja di Bank Bumiputra dan malamnya berlatih menyanyi dan berteater. 
Kerjaya seni Azean dipandang sinis dan membuatkan Azean berazam untuk berjaya.  
Setelah berpisah,  ,  Azean membesarkan anak lelakinya sendirian sebelum bertemu jodoh Karl.

"Lihatlah Dunia,"
Itulah ungkapan Azean Irdawaty ketika memenangi Best Actress Award di Pesta Filem Malaysia yang pertama tahun 1980. yang dianjurkan oleh Persatuan Wartawan Hiburan (EJA). 
Azean memenangi anugerah berprestij  tersebut menerusi filem Esok Masih Ada. 

Ada kisah sayu,  sedih dan duka di sebalik kata-kata beliau ketika itu. 
Sungguh mendalam maknanya. 
Perit getir beliau ketika mula menapak untuk menjadi anak seni. 
Bukan macam artis sekarang,  sikit sikit copycat ayat Azean tanpa mereka   mengetahui kisah dan konteks kata -kata Azean itu. 
Ada juga artis yang buat lawak dengan ayat Seniwati Azean itu. 

Lihatlah Dunia
Lihatlah Semua
Anak Wayang juga boleh berjaya
Anak Wayang! "

- Azean Irdawaty-

https://youtu.be/hwXoiHHVl1w

Pada tahun 1968, Azean  Irdawaty  berhijrah ke Kuala Lumpur demi mencapai cita-cita  beliau untuk menjadi anak seni.
Siang bekerja di bank dan sebelah malamnya pula aktif berteater.
#coretanfuzzfadhilah

67. Balkoni

Dah habis makan-makan, dan berborak,  tibalah masa untuk pulang.  Tapi,  sebelum itu, kita bergambar  dulu di balkoni pent-house sebagai kenang-kenangan berlatar belakangkan Menara Berkembar Petronas,  KLCC.  
Di sebelahnya Menara Maxis yang masih lagi di dalam pembinaan ketika  itu

Walaupun Menara Berkembar Petronas tersergam indah tetapi masih belum dibuka kepada umum ketika itu pada tahun 1997.
Kerja kerja tanah masih berlangsung. Boleh nampak lori dan excavator bergerak menjalankan tugas bagi menyiapkan KLCC Park.
Kerja-kerja menyiapkan Menara Berkembar dan KLCC Park berjalan siang  dan malam tanpa henti.

Bukan semua orang boleh naik lif ke unit kondominium itu. Perlukan kunci khas untuk menggunakan lif tersebut.Tetamu di sambut  di lobi lif. 
Apabila kunci berkenaan digunakan lif tersebut akan bergerak terus  ke unit kondo tanpa berhenti di mana-mana tingkat walaupun ada penghuni lain yang menekan butang lif tetapi pintu lif tidak akan terbuka untuk mereka  yang menekan butang lif sama ada mahu naik atau turun.
Jadi,  adalah sedikit privasi dan tidak berkongsi lif naik dengan penghuni lain. 

Macam dalam  cerita Dynasty tahun 80an dulu,  saya pernah tengok Alexis Carrington naik lif.  Pintu lif terbuka terus dalam rumah.  Masa tu saya rasa hebat sangat rumah Alexis! 😂😂😂
Tak sangka kat KL masa itu  tahun 90an ada rumah ala ala rumah Alexis Carrington.  😂😂😂

#coretanfuzzfadhilah

66.Tingkat 24

Gambar  bulan Julai 2003, di sebuah coffee house di sebuah rangkaian hotel Mandarin Oriental. 

Saya tiba di hotel Mandarin Oriental lebih kurang jam 9:30pm dan tidak ramai orang di lobi hotel.  Saya pergi ke reception untuk mendaftar dan mengambil kad bilik. 
Saya disapa oleh seorang pegawai frontdesk bagi tujuan untuk mendaftar bilik. 
Tak jauh dari kaunter,  berdiri seorang bellboy kepada saya.  Dia senyum pada saya dan saya angguk kepala sedikit dan membalas senyumannya. Lantas saya meneruskan urusan di kaunter. 

Selesai urusan di kaunter,  saya mengambil beg duffel saya dan melangkah ke arah lif untuk ke tingkat 24.
Bellboy tadi berlari lari anak mendapatkan saya. Katanya mahu membantu saya bawakan beg saya sedangkan beg saya tidak besar dan saya mampu membawanya sendiri. 

Saya pelik.  Selalunya, baik hotel 4 bintang atau 5 bintang tak pernah mereka bantu saya bawa beg sebab saya selalunya bawa sendiri beg saya ke billik hotel. 
Saya biarkan dia membantu saya bawa beg berkenaan. 

BB: Tuan pertama kali stay di sini? 
FF: Ya pertama kali. 
BB: Berapa lama Tuan stay
FF: Satu malam saja. 

BB: Tuan kenal Leslie Cheung? 
FF: Saya tak kenal tapi saya tahu siapa itu  Leslie Cheung,  artis ternama Hong Kong. 
BB: Baguslah kalau Tuan Kenal.  Tuan tahu tak dia dah mati. 
FF: Dah mati?  Bila?  sebab apa?  Saya tak dengar berita pun dia dah mati
BB: Dah lebih 3 bulan.  Dia mati bunuh diri. 
FF: Bunuh diri?  Oh kesiannya. 
BB: Ya Tuan,  dia bunuh diri terjun bangunan.  Terjun dari hotel ini. 
FF: Huh?  Apa?  Hotel ini???
BB: Jangan risau tuan.  Pihak pengurusan hotel dah tutup bilik tersebut.  Tak dibenarkan pelanggan tempah atau sesiapa pun tinggal di bilik tersebut. 
FF: Bilik mana?  Tingkat berapa bilik dia terjun bunuh diri? 
BB:Tingkat ini tuan. 
Ff: Tingkat 24 ini?
BB: Biliknya sebelah sana selang beberapa bilik dari sini. 
Saya terpaksa pergi sekarang, Tuan. 

Tapi Bellboy tu masih berdiri di sini.  Rupanya saya belum bagi tips pada dia. Saya beri HK100 padanya
 Bellboy tetsebut mengucapkan terima kasih dan dia berlari ke arah lif dan saya masuk ke dalam bilik. . 
Tanpa salin pakaian san mandi,  saya terus tertidur malam itu sebab kelebihan. 

Keesokan paginya,  saya turun untuk bersarapan dan selepas itu chek-out untuk mengambil feri/bot di sebuah terminal di Hong Kong ke Tanah Besar China. 

Setibanya di Zhuhai, saya apply visa for multiple entries supaya mudah untuk saya berulang alik ke Hong Kong. 
Ketika ini sudah ada perkhidmatan visa upon arrival. 
Setelah selesai segala urusan imigresen,   barulah saya keluar dari bangunan terminal tersebut dan terlihat James Wong melambai ke arah saya

Setiap kali ke sana,  James Wong  akan menunngu saya di luar bangunan terminal.  Dia adalah pemandu yang ditugaskan untuk mengambil saya. 
Saya selalu bergurau memanggilnya James Bond. 😂😂😂😂
Dia ok sahaja dengan gurauan saya. 

Awal Januari 2004, ketika saya berjalan di atas jejantas terlihat akan saya ribuan orang membanjiri tepi jalan tersebut sambil membawa potret Anita Mui. 
Rupanya kenderaan membawa mendiang Anita Mui ke her funeral melalui jalan tersebut.

#coretanfuzzfadhilah

Dulu pada tahun 90an,  kalau mahu ke China,  visa permohonan visa perlu dilakukan di kedutaan China di jalan Ampang.  Permohonan di buat di tembok pagar kedutaan yang di kawal ketat oleh pengawal keselematan.  Borang permohonan serta passport antarabangsa perlu diserahkan kepada pegawai yang bertugas. 
Permohonan mengambil masa seminggu untuk diproses.

65. Limosin Putih

Gambar menaiki pesawat yang ketika itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Subang. 

Ke mana-mana saja saya pergi,  saya akan disapa oleh orang tempatan di sana dan bertanyakan saya dari mana saya datang. 
Apabila diberitahu,  mereka akan berkata, "Malaysia Bagus!  
Kedatangan orang Malaysia di sana amat disenangi oleh warga tempatan. 

Ketika itu bulan Julai 1996,  slogan 'Malaysia Boleh atau 1Malaysia belum kedengaran.  Belum wujud lagi kedua-dua slogan tersebut. 

Setelah selesai menunaikan solat fardhu dan solat sunat,   saya   dan rakan-rakan singgah di Hilton Makkah Tower yang pada masa itu baru saja dibuka.
Makkah Tower pada masa itu adalah bangunan paling tinggi berhampiran Masjidil Haram.
Jadi ramailah orang ke Makkah Tower. Ia menjadi tumpuan rakyat tempatan dan juga  jemaah dari negara luar. 

Kami tidak menetap di situ tetapi berkunjung  ke Makkah Tower untuk minum kopi d situ. 
Sambil kami minum kopi sambil kami berbual tentang rancangan kami untuk buat umrah kali kedua atau sebaliknya. 

Tiba-tiba kami disapa oleh seorang lelaki Arab yang agak fasih Bahasa Inggerisnya lalu bertanyakan kami dari mana.  Apabila diberitahu kami dari Malaysia terus dia berteriak Malaysia Bagus!  Malaysia Bagus!  Terasa macam famous sangat Malaysia waktu itu. 
Dia memperkenalkan diri kepada kami dan dia mahu memperkenalkan kami kepada rakan niaga beliau yang berbangsa Melayu. 

Pada mulanya saya teragak agak untuk menerima pelawaannya tetapi apabika memikirkan yang kami berempat dan dia seorang jadi apa nak takut lagipun dapat juga pengalaman berjumpa orang  Melayu yang sudah lama menetap di Mekah. 
Jadi Pak Arab tu kata dia akan datang ambil kami berempat  lepas waktu isyak di hotel penginapan kami. 

 Lepas isyak kami bertiga menunggu  di lobi hotel.  Kami bertiga saja sebab yang seorang lagi tak jadi  ikut pergi. 
Sambil menunggu kedatangan lelaki Arab itu menjemput kami,  saya  dan seorang lagi rakan duduk di sofa lobi hotel sementara seorang lagi menunggu di luar. 

Gulzar, penyambut tetamu hotel berkenaan,  melambai dan memanggil saya. Saya bangkit dari sofa dan berjalan menuju ke arahnya. 
"Apa pula kali ini yang Gulzar ingin bualkan," kata saya di dalam hati. Gulzar dari Pakistan.  Sepanjang penginapan saya di hotel itu,  rajin betul Gulzar ni berbual dengan saya kalau ada masa lapang.
Kadang-kadang dia bertanya pasal Malaysia.  Mungkin dia ada rancangan untuk bekerja di Malaysia?  Itu saya tak pasti. 

Hampir 10 minit berbual dengan Gulzar,   kelibat lelaki Arab tersebut masih tidak tidak kelihatan.
Saya mengundurkan diri daripada berbual dengan Gulzar dan pergi ke sofa mengajak kawan saya ke bahagian luar hotel untuk menyuruh rakan saya lagi seorang  masuk ke dalam sebab saya rasakan kami telah ditipu. 

Kami bertiga berbual sebentar berbincang mahu naik ke bilik hotel atau pergi bersiar-siar. 
Tiba-tiba muncul sebuah kereta di hadapan kami.  Bukan sembarangan kereta tetapi sebuah limosin putih yang panjang menjalar. 
Tingkap bercermin gelap itu terbuka dan kelihatan lelaki Arab yang kami jumpa petang tadi tersenyum dan meminta maaf kerana terlambat. - bersambung...
#coretanfuzzfadhilah

64. Rumah Agam Putih

Foto di sekitar Gua Hira,  Jabal An Nur.
Julai 1996
Kami menaiki kereta limosin yang serba mewah itu  Panjangnya kereta itu boleh memuatkan 12-15 orang.  Kerusi empok putih bersalut kulit. Siap ada telefon di dalamnya  Masa itu amat jarang sekali kelihatan telefon bimbit. 
Telefon yang terdapat di dalam limo itu bukan seperti telefon bimbit tetapi sebuah telefon macam di rumah atau telefon pejabat bertali dan bergagang

Apabila pintu pagat otomatik dibuka kelihatan tersergam indah rumah berwarna serba putih.  Rumah  tersebut dilimpahi cahaya lampu, malam itu. 
Besar dan tingginya rumah itu  Rumah banglo 5 tingkat serba putih itu  bertingkat  tingkat dan bertingkap cermin gelap tak ubah  seperti Globe Silk Stor tinggi dan rupanya  dari halaman luar.
Tuan rumah menyambut kedatangan kami. Kami dipelawa masuk ke dalam rumah ke ruang tamu yang luas dan serba mewah.
Kami berbual bual sambil duduk di atas sofa dan tuan rumah menghidangkan teh yang telah tersedia. 
Kemudian kami dipelawa ke tingkat lain untuk makan malam. Sebahagian daripada kami naik tangga yang melingkar dan sebahagian lagi naik lif ke tingkat 3 yang terletaknya dewan makan bukan ruang makan tapi dewan makan. 

Ada pelayan di depan pintu membuka pintu dewan makan. 
Makanan berupa Nasi Arab dan lauk dari kambing dan ayam terhidang di atas meja makan yang boleh menempatkan 20 orang. 

Kawan kami yang seorang itu di bawa oleh seorang wanita ke hujung meja menyertai beberapa wanita lain yang  merupakan anggota keluarga tuan rumah. 

Tuan rumah merupakan orang Melayu yang berhijrah di Mekah. 
Menurut beliau,  beliau dan ibubapa  beliau datang  dari Kedah ke Mekah  lebih 50 tahun yang lalu (sekitar tahun 40an) untuk
mengerjakan ibadah haji dan untuk menuntut ilmu daripada ulama-ulama terkenal di situ dan selepas itu terus mereka menetap di Mekah.
Tuan rumah mempunyai beberapa rangkaian hotel di Arab Saudi serta menguruskan perniagaan hartanah. 

“Pada ketika itu Arab Saudi masih lagi mengamalkan dasar terbuka kepada sesiapa sahaja yang datang dan mahu tinggal di sini,” katanya.

Pulang dari makan malam,  kami dihantar kembali ke hotel penginapan menaiki sebuah kereta limosin putih itu. 
Ketika kami masuk ke lobi hotel,  tetamu hotel yang berada di lobi tercengang dan terkejut apabila terlihat kami bertiga keluar daripada  limosin berkenaan. 

Kami bergegas menuju ke lif dan apabila  menghampiri kaunter frontdesk, pegawai frontdesk yang  bertugas menyapa kami. 

"Ke mana kamu bertiga pergi?   Dah lewat malam ini., " tanya Gulzar. 
"Ada sesiapa cari kami tak?", tanya kawan saya. 
"Takde.  Siapa yang hantar kamu naik limosin tu, " tanya Gulzar. 
"Kami pergi cari buah kurma lah", gurau kawan saya. 

Kami ucapkan selamat malam kepada Gulzar  apabila pintu lif terbuka dan kami masuk ke dalam lif untuk balik ke bilik masing-masing. 

Esoknya ketika turun di lobi Gulzar bertanya jika saya dan kawan-kawan mencari buah kurma.  Katanya dia boleh tolong. ...bersambung

PS: Malangnya gambar gambar lain di Mekah,  Madinah dan Jeddah di dalam sebuah album tidak di jumpai. Terdapat gambar saya di dalam kereta limo,  di mansion 5 tingkat,  gambar di dewan makan bersama tuan rumah ada di dalam album.  Juga terdapat  foto saya bersama seorang menteri yang menawarkan biasiswa untuk  saya melanjutkan pelajaran di negara beliau. Ini pun sebuah pengalaman yang menarik. 
Saya sedang mencari album foto tersebut.

63. Gulzar Khan dan Kurma Badam

Kisah Gulzar Khan di Mekah/Madinah Julai 1996
Pulang dari makan malam,  kami dihantar kembali ke hotel penginapan menaiki sebuah kereta limosin putih yang panjang ukurannya. 
Ketika kami masuk ke lobi hotel,  tetamu hotel yang berada di lobi tercengang dan terkejut apabila terlihat kami bertiga keluar daripada  limosin berkenaan. 
Kami bergegas menuju ke lif dan apabila  menghampiri kaunter frontdesk, pegawai frontdesk yang  bertugas menyapa kami. 
Gulzar dari Pakistan selalu berbual bual dengan saya sebelum ini.  Ketika iru beliau sudah dua tahun bekerja di Mekah.  

"Ke mana kamu bertiga pergi?   Dah lewat malam ini., " tanya Gulzar. 
"Ada sesiapa cari kami tak?", tanya kawan saya. 
"Takde.  Siapa yang hantar kamu naik limosin tu, " tanya Gulzar. 
"Kami pergi cari buah kurma lah", gurau kawan saya. 

Kami ucapkan selamat malam kepada Gulzar  apabila pintu lif terbuka dan kami masuk ke dalam lif untuk balik ke bilik masing-masing. 
Esoknya ketika turun di lobi Gulzar bertanya jika saya dan kawan-kawan mencari buah kurma. Katanya dia boleh tolong. 
Saya beritahu Gulzar yang kawan saya hanya bergurau malam tadi.  

Saya beritahu Gulzar yang saya telah membeli pelbagai jenis dan grade buah Kurma tetapi saya tak jumpa buah kurma yang diproses bersama buah badam di dalam kotak kecil seperti yang dibeli oleh seorangan jemaah rombongan.  Saya bertanya Gulzar,  di manakah saya boleh mencari kurma badam tersebut?. 

Kami berkemas-kemas untuk meninggalkan kota Mekah tanpa saya dapat membeli kurma badam. 
Sebelum pulang ke tanah air,  saya mengucapkan selamat tinggal kepada Gulzar,  penyambut tetamu di hotel penginapan saya. .  Saya berikan beliau t shirt dari Malaysia. yang memang  telah saya beli beberapa helai serta momento yang lain  sebagai saguhati tanda persahabatan dengan orang yang saya temui.. 

Gulzar meminta no telefon  dan alamat rumah saya dan saya berikan kepada beliau.  Maka,  pulanglah saya ke Malaysia setelah berada di sana selama dua minggu. 
Seminggu selepas itu,  ketika di rumah Nenek,  saya telah menerima satu panggilan daripada seorang pakcik di Shah Alam 

"Ini ada kawan kamu dari Mekah kirim kat Pakcik hadiah untuk kamu dari Gulzar Tapi boleh tak anak datang ke rumah Pakcik dan ambik", katanya. 
Saya  meminta bantuan seorang rakan saya yang sedang belajar di PPP,  Shah Alam untuk mengambil bungkusan kiriman Gulzar.

Kawan saya menelefon saya dan menyuruh saya datang berjumpanya di Shah Alam. 
Setibanya saya di Shah Alam,  terkejut saya apabila Gulzar mengirimkan tiga kotak besar yang di dalam setiap kotak itu  berisi 100 kotak kurma badam. Kotak bersaiz kecil macam kotak kismis yang banyak dijual di sini. 
Snek kurma diproses bersama buah badam..

 Sampai 300 kotak Gulzar hantar. Siapa nak makan banyak banyak ni? Pakcik tersebut memberitahu semua kos penghantaran ditanggung oleh Gulzar serta sedikit wang saguhati diberikan kepada pakcik berkenaan.  
Saya berikan beberapa kotak kepada pakcik berkenaan dan selebihnya saya bawa pulang untuk diagih agihkan kepada keluarga dan rakan rakan.
#coretanfuzzfadhilah

62. Lelaki Berjubah Hitam Putih

Di Masjidil Harram,  Mekah bulan Julai 1996

Saya masih lagi beriktikaf di Masjidil Haram.  Tidak jauh dari saya terdapat seorang lelaki baru duduk dan beliau senyum pada saya. Rupa parasnya tidak menunjukkan yang dia berbangsa Arab. 
 Putih kemerahan kulitnya.  Misai dan jambang serta goateenya dijaga rapi dan kemas.  Hidungnya besar tapi mancung dan terletak.
Beliau berserban putih dan berjubah putih tetapi ada satu jubah hitam macam kot dipakainya  di luar jubah putih.  Dua lapis beliau pakai. 

Ketika mahu meninggalkan Masjidil Haram,  saya terserempak dengan orang yang  sama.  Beliau senyum,  berjalan ke arah saya dan bersalaman dengan saya. 
Beliau bertanya saya mahu ke mana.
  Saya jawab saya mahu pulang ke hotel penginapan saya. 
Dari kata katanya dan ayat yang kemas tersusun serta sangat fasih berbahasa Inggeris saya pasti beliau bukan orang sembarangan. 

Beliau menjemput saya makan tengah hari bersamanya dan rombongan beliau. Saya terima pelawaan beliau.
 Di dewan makan,  saya duduk makan bersama beliau dan beberapa orang lain. di sebuah meja panjang menghadap rombongan lain yang makan di beberapa meja bulat di hadapan kami. 

Sambil makan sambil kami berbual.  Di antara perkara menarik di dalam perbualan kami,  beliau telah menawarkan saya biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke negaranya.  "Fully sponsored,  kata beliau. 
Sebelum berpisah,  beliau berikan business card beliau untuk saya hubungi jika saya berminat dengan tawaran beliau.  Menteri Pelajaran rupanya, di negaranya. 

Pulang ke hotel penginapan,  saya ceritakan kisah saya kepada pengiring. Setelah menyerahkan business kad lelaki berjubah hitam putih,  dan berserban putih itu,  saya telah dilarang untuk bertemu dengan orang itu lagi. 
(Sudah dilarang,  jadinya saya tak jumpa lagilah orang itu.  Jadinya,  tamatlah kisah saya dengan Lelaki Berjubah HitamPutih)....

61. Kopi

Setem Puteri  Diana ni kelmarin ada orang PM saya mahu beli.  Katanya rare collection.  Prncess memakai apa yang kritik panggil sebagai The Revenge Dress. 
Maaf,  setem koleksi saya bukan untuk dijual.  
Setem sempena memperingati Puteri Diana 1961-1997.
Setem dibeli di London pada tahun 1997.

*******************

Pukul 6 pagi baru kami sampai di rumah.  Saya tak ingat ke mana kami pergi malam itu tapi Shaukat yang memandu Jeep,  saya duduk di sebelah Shaukat dan Rizal di belakang kami. 
Jalan sesak teruk  ketika kami di dalam perjalanan pulang.  

Kami tiba di rumah.  Kami masuk dan duduk berehat di ruang tamu. 
Kemudian saya ke dapur sementara Shaukat dan Rizal berbual di ruang  tamu. 
Sambil berjalan saya bertanya kepada Rizal dan Shaukat
"Coffee anyone?  Or tea?"
"Coffee for me", jawab Shaukat"
"Me,  too", kata Rizal. 
"And me,  three", gurau saya. 
Baguslah semua orang nak minum kopi,  jadi tak perlulah saya buat teh. 

Saya singgah ke bilik tv  yang terletak bersebelahan dengan  dapur.  Saya switched on tv dan siaran berita sedang berlangsung. 
Saya ke bilik air yang bersambung  dengan bilik tv untuk membasuh muka.  Segar sikit rasanya setelah membasuh muka. 

Saya keluar dari bilik tv terus ke dapur. 
Saya basuh teko kopi dan gantikan dengan air mineral ke dalam teko. 
Selepas itu saya buka kabinet dapur, keluarkan bungkusan kopi dan kertas penapis. 
Kertas penapis dan kopi saya letakkan di bahahian atas mesin.  Teko  berisi 
air  saya tuangkan ke bahagian tepi mesin. Teko yang sudah kosong tadi,saya letakkan di bahagian bawah mesin. 
Sementara nak tunggu kopi siap,  saya meninggalkan ruang dapur dan berjalan ke arah ruang  tamu untuk menyertai kawan-kawan saya. 
Langkah saya terhenti di muka pintu bilik tv Ketika itu pembaca  berita melaporkan  yang Puteri Diana terlibat di dalam kemalangan jalan raya.
Saya masuk ke bilik tv,  capai remote control di sofa dan kuatkan volume tv. Hanya berita tentang kemalangan dilaporkan  tetapi tiada visual yang dipaparkan.  Hanya berita saja yang dibaca. 

Terdengar bunyi mesin kopi sudah siap,  saya kembali ke dapur dan keluarkan tiga mug dari dalam kabinet. 
Shaukat masuk ke dapur dan bertanyakan jika saya perlukan pertolongan. 
"Do you need any help? "
No thank you. I am fine.", jawab saya. 
Let me bring this coffee to the living room", jawab Shaukat. 

Tiba-tiba Shaukat bertukar fikiran tak jadi minum kopi di ruang tamu tetapi mahu minum kopi di meja bulat di dapur.  Beliau panggil Rizal untuk menyertai kami di dapur. 

Sambil minum kopi sambil kami berbual Saya bercerita pada mereka berita tentang kemalangan yang menimpa Puteri Diana.  Mereka beranggapan kemungkinan hanya kemalangan  kecil atau kemalangan biasa saja tu.  .
Saya tinggalkan mereka berdua berbual di dapur sementara saya naik ke tingkat atas. 

Lebih kurang jam 8 pagi,  saya turun kembali ke tingkat bawah. Shaukat di sofa yang panjang dan Rizal di kerusi cleopatra.  Dua dua dah tidur. 
Masih kedengaran bunyi tv.  Saya menuju ke bilik tv untuk switched off tv. 
Kembali lagi siaran berita.  Pembaca berita mengumumkan Puteri Diana telah meninggal dunia di dalam nahas jalanraya.  Terkejut saya dengar berita itu. 
"Ini berita tergempar ni',  kata saya seorang diri ketika itu.   Tadi pukul 6  pagi cakap terlibat di dalam kemalangan  Tiba-tiba pukul 8 pagi,  dah meninggal dunia?  Sangat mengejutkan. 

Saya switched off tv dan pergi ke dapur untuk minum kopi.  Kopi dah tinggal sedikit jadi saya buat kopi yang baru untuk sarapan saya pagi itu. 

*********************

Terkenal di seluruh dunia.  Masa kecil kecil Nenek selalu bercerita pasal Lady Di.  Dunia memanggil beliau Lady Di sebab ketika itu belum berkahwin dengan Putera Charles. 
Nenek saya peminat Lady Di ketika.  Kisah Lady Di banyak yang Nenek ketahui menerusi majalah yang dibeli oleh Aunty saya untuk Nenek. Aunty saya pun potong rambut persis Lady Di.  Trend rambut potongan gaya Lady Di menjadi ikutan wanita seluruh dunia kerika itu pada awal1980an. 

Pernah Nenek memberitahu saya yang perkahwinanan Puteri Diana dan Putera Charles disiarkan  secara langsung ke seluruh dunia.  Nenek menonton perkahwinanan Di Raja tersebut di tv di rumah.  Masa itu saya kecil lagi. 

**********************

Seminggu kemudian

Saya pergi rumah Nenek petang itu,  untuk menonton siaran langsung majlis pengebumian  Puteri Diana menerusi saluran NTV7.
Siaran pada 5 September 1997  dipancarka secara terus menerus dari London selama beberapa jam. 
Ramai rakyat Malaysia yang menontonnya. 
Sambil kami menonton, Nenek ke dapur buat kopi.  Nenek hidangkan kopi cap Hang Tiah.  Memang terkenal turun-temurun jenama kopi ini. 

Nenek sukar mempercayai wanita yang cukup terkenal di seluruh dunia meninggal pada usia muda. 
"Queen Elizebeth hidup lagi,  Queen Mother pun 
masih ada,  tiba-tiba Princess Diana yang pergi dulu,"kata Nenek. 
"Accident, Mak"Teruk juga", kata saya. 

Ketika peti televisyen menayangkan visual Ratu Elizebeth memasuki ruang  di dalam Westminster Abbey,  Nenek bersuara "Kamu tahu tak yang TAJ pernah sampai ke sini? 
"Serious???? Buat apa TAJ kat Westminster Abbey? ", tanya saya. 
Nantilah cerita, nak fokus tengok ni dulu.', jawab Nenek. 

(TAJ adalah figura terkenal suatu ketika dahulu dan banyak membuat kerja amal serta kebajikan. 
Kalau generasi terdahulu bercerita tentang keluarga kami, pasti berkait dengan TAJ.  Pasti kisah TAJ akan terselit di dalam penceritaan sejarah keluarga kami.) 

"Susah nak percaya. Ibu kepada bakal Raja England terlibat dalam nahas maut, takkan takda escort atau bodyguard? " terang Nenek. 

"Ada bodyguard tapi Princess Diana punya bodyguard pun cedera parah", kata saya. 
"Accident ni bukan accident biasa.  Rasanya ada kene mengena dengan hubungan dia dan boyfriend dia lelaki Arab tu".
"Dodi Al Fayed nama dia", kata saya. 

Interestingly,  the whole world was flooded with conspiracy theories back then and still is until today. 

 Jauh ke hadapan pemikiran Nenek ketika itu.   Masa itu saya tak terfikir pun macam itu. 
Beberapa minggu selepas kemalangan yg meragut nyawa Princes Diana dan Dodi,  timbul pelbagai teori konspirasi... sehingga ke hari ini.

Trivia: Masa ini juga ramai yang dapat kucing baka savana dengan baka yang ada corak batik kat badan dengan menamakan kucing mereka Dodi. 
Jangan tanya saya kenapa.

Friday, 18 December 2020

60. Suatu Petang di Jalan Eaton

Akhirnya saya tiba di kawasan elit berkenaan yang nama jalannya persis sebuah kolej elit dan terkemuka di England.
Akhirnya saya tiba di Jalan Eaton.  Kelihatan banyak kereta mewah diletakkan di tepi jalan.  Ada juga beberapa orang sedang berbual bual sambil menghisap rokok di tepi jalan berkenaan.   Mungkin pemandu kepada tetamu yang hadir,  saya meneka. 

Saya pun berhenti dan meletakkan kereta saya di bahu jalan.  Sudah passti tepi jalan berhampiran rumah berkenaan dan di dalam laman rumah berkenaan penuh dengan kenderaan.Jadi tidak perlulah saya memandu hingga ke depan rumah. 
Saya berjalan kaki menuju ke rumah berkenaan. Saya lemparkan senyuman kepada polis trafik yang bertugas ketika itu sebagai tanda menghargai jasa beliau. 

Saya masuk ke dalam kawasan pagar yang terbuka. 
Tiba di muka pintu,, saya disambut oleh Datuk Nazir 

Suasana majlis agak santai dan tiada protokol yang perlu dipatuhi tetapi  walaupun keadaannya santai,  adab sopan ke majlis perlu dijaga tata tertibnya. 

Saya pergi mendapatkan dan bertemu dengan Tun Rahah yang duduk di ruang tamu. Tun Rahah seorang diri di kerusi sofa. Tidak kelihatan kakak beliau, Tun Suhaila., petang itu. 
Sudah lama tidak kelihatan Tun Suhaila.  Kalau di Hong Kong ada tiga beradik berpengaruh,  The Soong sisters,  di Malaysia kita mempunyai dua beradik ini. 

Saya berbual sebentar  dan bertanya khabar dengan Tun Rahah. Ramah dan bersopan santun orangnya.  Aura dari figura ini menyerlah. 
Kemudiannya,  saya meminta diri dan keizinan untuk ke taman yang luas di kawasan rumah berkenaan. 

 Lalu saya beredar menuju ke luar rumah. 
Keliharan anak keempat Tun Raha bersama tunang beliau yang sedang berbual-bual. 

Pasangan tersebut nampak saya dan mereka senyum pada saya. Beliau terus bersalaman dengan saya. 

Di satu arah yang lain,  kelihatan Dato Seri Najib dan isteri beliau sedang berbual bual dengan sepupunya, Dato Seri  Hishamuddin dan iTenglu Marcela, seorang kerabat DiRaja serta beberapa orang kenamaa  yang lain turut serta di dalam perbualan itu. 
Adakah mereka sedang berbual-bual mengenai isu negara atau berbual santai? Saya tidak pasti. 

 Saya meneruskan langkah ke laman rumah yang terhampar luas dengan rumput yang cantik menghijau. 

Saya berjalan menuju ke tembok batu yang mengeliling seluruh kawasan rumah berkenaan.  
Di sebalik tembok berkenaan kedengaran bunyi kenderaan bergerak bertali-arus tidak putus putus dan membuatkan saya kehairanan. 
Ketika saya memandu ke rumah berkenaan,  jalannya sunyi sepi dan penuh dengan pokok-pokok besar yang menghijau dan mendamaikan tetapi di sebalik tembok di taman rumah itu suasananya amat berbeza.  

Kedengaran hiruk pikuk  kesesakan lalu lintas wargakota Kuala Lumpur pulang dari kerja menuju ke rumah masing-masing.  Pastinya di sebalik tembok berkenaan adalah sebatang jalan utama yang sibuk.  Trunk road teka saya. 
Jalan apakah di sebalik tembok ini? Saya tertanya tanya.
Begitulah keadaan di rumah Tun Rahah Noah pada suatu petang. 
Innalillahi wainna ilaihi rojiun... Al fatihah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Allahyarhamah Tun Hajjah Rahah Noah...(1933-2020)
18 Disember 2020

59. Ezma

Foto tahun 1993 di Victoria Institution. 
Gambar di atas pavilion berlatarbelakangkan Menara Jam V. I
T-shirt kuning yang saya pakai adalah T-shirt sekolah bersempena sambutan 100 tahun V. I

Dulu dulu saya ada berkenalan dengan pelajar TKC,  Ezma Farah namanya.  Peramah dan lincah orangnya. . 

Selepas SPM,  beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat Ausmat di Australia .
Umum sudah sedia maklum tentang kehebatan student TKC di dalam pelajaran. 

Sementara saya pula melanjutkan pelajaran ke Matrikulasi  UIA  dan menerima biasiswa daripada Kementerian Pendidikan
Ketika itu,  kami sering berhubungan melalui surat-menyurat dan poskad.
Tetapi, setiap kali surat atau poskad Ezma Farah dari Australia sampai di pigeon hole  SDAF Hostel,  Matrikulasi UIA, setemnya pasti hilang.  Entah siapa yang tangan gatal cabut.  Mesti mamat tu pengumpul setem!  😂😂😂😂

#coretanfuzzfadhilah

58. Komposer

Gambar tahun 1995 berhampiran pintu masuk utama UIA main campus,  PJ.  Ketika ini saya pergi lepak makan makan jumpa Artin dan kawan-kawannya. 
Artin,  pelajar jurusan undang -undang yang saya kenal ketika bekerja sementara menunggu keputusan SPM dan beliau bekerja tempat yang sama masa beliau on  semester break ketika itu. 

Pada tahun 1996, sekitar bulan April atau Mei,  saya telah terkandas di airport Kuala Terengganu because my flight to KL was delayed. 
Tahun 1996 juga menggemparkan pelajar-pelajar Matrikulasi UIA apabila gambar pensyarah tajwid kami terpampang di dada akhbar utama di seluruh Malaysia pada tahun itu.

Cuaca buruk dengan hujan lebat di luar menyebabkan penerbangan saya untuk pulang ke KL ditangguhkan. 
Saya duduk di bangku sambil menonton persembahan Ziana Zain di  tv yang diletakkan pada dinding pada aras tinggi di ruang menunggu itu. 

Ada beberapa orang penumpang di ruang menunggu tersebut. 
Tidak jauh dari saya,  ada seorang wanita macam wanita latin.  Berkulit sawo matang, berambut pendek dan berwarna petang
Tiba-tiba dia bercakap kepada saya sambil dia menonton persembahan Ziana Zain di kaca tv di  Lapangan Terbang Kuala Terengganu. 

Beliau  menegur saya di dalam bahasa Inggeris dan bertanya saya hendak ke mana.  Saya beritahunya saya mahu pulang ke Kuala Lumpur. 
Beliau pula baru lepas bercuti di Pulau Redang.  Penerbangannya ke Kuala Lumpur mengikut jadual tetapi penerbangan saya tertangguh dan dijadualkan berlepas selepas penerbangan beliau. 

"She actually can sing well", kata beliau. 

Saya  pun teruja mendengar wanita Latin tersebut memuji vokal Ziana Zain.  Dalam  hati saya berkata,  inilah masa dan peluangnya untuk saya memperkenalkan lagu dan penyanyi tempatan kepada pelancong asing. 

'She's a famous singer in this country.  Not only she can sing but she's an actress too.  Her name is Ziana Zain, " kata saya. 

Beliau menoleh ke arah saya sambil tersenyum ,  dia pun menjawab, "I know her.  I worked together with her.  I composed her songs. 

Terkejut saya mendengarkannya. "So,  you are not a Latina? 

" Saya orang Melayu.  Chek mai dari Kedah, katanya. 
"Sorry Minta maaf, saya ingatkan Cik wanita asing. 
"I"m Zuriani and you are? ", tanya. 
"I am.  Fuzz.  Fuzz Fadhilah". Pleased to mee to you. 

Selain lagu untuk Ziana Zain,  beliau juga menghasilkan lagu untuk beberapa penyanyi terkenal  seperti Siti Nurhaliza,  Fauziah Latif, Liza Hanim juga termasuk Farra dengan lagunya Bagaikan Puteri.

"Tapi sayang hanyalah impian
Bulan tak bisa tumbuh di taman
Dan bila mentari datang
Pulanglah segala kenyataan

Jika dunia
Aku yang punya
Akan kuhiaskan
Sepasang sayap
Putih dan berseri
Untukku kemudi..."

#coretanfuzzfadhilah

57. Artin Vaqari dan UIA, PJ

Gambar tahun 1995 ketika menyambut hari jadi ke 18. Bersama kawan kawan di UIA PJ,  pelajar degree. kecuali Azrul dan Fitri.
Ini di dewan makan kolej lelaki  pelajar perempuan tidak dibenarkan masuk.

Ketika rakan sebilik saya dan rakan sekuliah saya sibuk di UIA Lembah Pantai,  Saya sudah selangkah ke hadapan.  Sudah sampai ke UIA PJ secara tidak rasmi. 😂😂😂😂

Sebelum saya diterima secara rasmi sebagai pelajar di UIA,  ketika sedang menunggu keputusan SPM, UIA PJ seumpama taman permainan buat saya
Hampir setiap hari saya ke sana ketika menunggu keputusan SPM dan juga ketika menunggu keputusan UPU untuk tawaran ke universiti.
Begini kisahnya, 

Semasa saya menunggu keputusan SPM,  saya telah bekerja di sebuah tempat membungkus coklat di dalam bekas ceramic yang bertemakan perayaan Christmas ketika itu.
Ada beberapa orang yang sedang menunggu keputusan SPM turut bekerja di situ.  Dua gadis dari Assunta dan dua lagi dari Sri Aman.  Yang budak lelaki saya tak ingat dari sekolah mana.

Tapi ada seorang lelaki sedang cuti semester turut bekerja di situ ketika cuti semester beliau.
Artin adalah pelajar UIA dan kami selalu makan tengah hari sama sama di gerai berdekatan.  Kadang kami join budak budak perempuan tu  tapi selalunya mereka makan di tempat yang lebih jauh sebab mereka berkereta. Anak-anak orang kaya.

Saya selalu bertanya Artin.
Artin,  best ke study di UIA?
Artin,  macam mana suasana di UIA?
Artin, UIA tu ada tak macam dalam filem Ali Setan tu?
Dia terpnga-pinga apabila saya bercakap pasal filem Ali Setan.
Manalah dia nak tahu sebab dia bukan orang sini.
Agaknya sudah bosan dengan pelbagai soalan saya,  suatu hari  Artin mengajak saya ke  kampus UIA.
"Jauh tak dari sini", tanya saya.
"Tak jauh.  Dekat je.  Boleh jalan kaki saja", jawab Artin.
.
Kami pun berjalan kaki dari Seksyen 13 ke Seksyen 14 dan melaui Jalan Universiti.
Takdelah dekat, , 15 minit juga jalan kaki.  Tiba di pintu Utama UIA,  berpeluh dan basah jugalah ketiak.  Itu yang Artin cakap dekat je!

Saya dibawa berjalan-jalan sekitar kampus UIA,  PJ. Saya  terus jatuh cinta dengan campus life di UIA.
Saya beritahu Artin yang saya suka akan suasana UIA. Saya mesti sambung belajar di UIA.
Tapi bergantung kepada keputusan SPM saya.

Selepas makan malam di UIA,  Artin yang belanja malam itu,  saya tersedar yang hari sudah lewat malam.  Saya bergegas pulang.  Pasti Nenek risau.
Sampai di muka pintu,  adik saya Poji senyum sambil menegakkan jari telunjuknya tanda saya akan dimarahi Nenek.
Belum sempat Nenek marah,  cepat cepat saya buka cerita pasal Artin dan UIA untuk mengalihkan tumpuan kemarahan Nenek.

"Tak jadilah nak apply ke USM ni?,  tanya Nenek.
" Tak kot.  Rasa macam UIA ni pun best, jawab saya.
"Baguslah,  tak payah pergi belajar jauh-jauh. Cepat benar terpengaruh dengan filem Ali Setan tu," kata Nenek.

Sejak itu,  saya sering ke UIA,  PJ.  Makan di kafe UIA,  makan di kantin yang ada french window. Kadang-kadang Artin seludup saya masuk library.  Dia study dan saya merayau rayau dalam library tu. 

Keputusan SPM keluar dan saya mendapat keputusan cemerlang membolehkan saya melanjutkan pelajaran ke universiti.

Keputusan SPM keluar dalam bulan Raya.  Saya rasa minggu pertama Raya.
Nenek buat makan-makan.  Macam-macam juadah Raya yang Nenek masak.  Nenek suruh jemput Artin.  Saya pun pelik kenapa Nenek menyuruh saya menjemput Artin makan makan di rumah Nenek.
Saya pergi jumpa Artin dan beritahu Artin tentang keputusan SPM saya lalu Artin mengucapkan tahniah dan menghadiahkan saya sebuah buku bertajuk How to Study Law by.... Greene. Dan saya menjemput Artin untuk makan-makan hujung minggu itu.

Majlis makan-makan untuk raikan keputusan SPM saya yang cemerlang turut dihadiri oleh pakcik makcik dan sepupu-sepupu saya.  Beberapa rakan rakan Victorians saya  turut hadir.  Fitri pun ada masa itu.

Artin tiba. Saya jemput Artin masuk bertemu Nenek.  Kami berbual sebentar sementara Nenek menyiapkan hidangan di meja makan. 

Artin  merupakan tetamu istimewa Nenek pada  hari itu.  Nenek menjemput kami makan lalu Nenek beredar ke dapur untuk hidangkan lagi beberapa juadah untuk kami.

Sedang saya dan Artin makan,  Nenek sertai kami di meja makan.  Nenek cuba berbual dengan Artin tetapi sedikit sukar sebab dulu Nenek pergi sekolah Melayu/Arab yang  Nenek mahir bertulisan jawi.

Nenek suruh saya terjemahkan kata-katanya kepada Bahasa Inggeris. 
"Apa gunanya kamu pergi belajar di  British Council kalau tak boleh tolong Nenek terjemahkan", bisik Nenek kepada saya tidak mahu pakcik dan makcik saya mendengar.
Nenek secara rahsia pernah menghantar saya ke British Council untuk memantapkan Bahasa Inggeris saya yang dulu sedikit lemah berbanding rakan sekelas saya di V. I.

Saya terjemahkan kata-kata Nenek ke dalam Bahasa Inggeris untuk Artin. Sambil saya terjemah sambil saya menahan sebak.

Nenek mengucapkan terima kasih kepada Artin  sebab berkawan dengan saya. Nenek juga mengucapkan terima kasih kerana berjaya mengubah fikiran dan pendirian saya.
Nenek beritahu Artin, siang dan malam Nenek berdoa. Setiap kali selepas solat Nenek memohon kepada Allah supaya
melembutkan hati saya supaya saya tidak pergi ke USM dan membuka hati saya sambunbg belajar di tempat yang berdekatan dengan rumah Nenek.

Nenek enggan berpisah jauh jauh dengan saya.  Nenek di KL dan saya akan berada di Penang.
Nenek bersyukur kepada Allah.
Ternyata Allah makbulkan doa Nenek apabila saya memilih untuk ke UIA setelah berkenalan dengan Artin.

#coretanfuzzfadhilah

56. A304, Kolej Sheikh Daud Al Fatani


Gambar tahun 1995 di bilik A304 SDAF, Pusat Matrikulasi

2018
Kedatangan Mazha pagi itu disambut kami sekeluarga dengan berbesar hati. 
Pembantu rumah turut membantu menyiapkan beberapa juadah untuk sarapan.

Lebih 20 tahun kami tak jumpa setelah saya meninggalkan UIA pada 1997.

1995

Ada satu hari tu, Mazha mengajak saya temankan dia pergi membeli barang. Saya pun ikut, kami berjalan kaki dari kampus kami yang terletak di atas bukit menuruni bukit ke perhentian bas untuk menunggu bas. Masa itu bas mini berwarna-warni.  Bersesak berhimpit naik bas mini ke Chow Kit.

Saya ketika itu hairan kenapa Mazha nak pergi sampai ke Chow Kit beli barang sedangkan berhampiran kampus kami ada BSC dan TMC  Saya selalu juga pergi BSC sebab tak ramai orang dan tidak sesak.  Relax je beli barang.

Saya tidak pasti macam mana saya boleh akrab dan rapat dengan Mazha ketika itu sedangkan kami ambil kursus yang berbeza.  Dia ambil kursus Pengajian Islam dan saya pula kursus Sastera Inggeris.

Pernah saya naik lif dengan Mazha di bangunan pentadbiran dan ada pensyarah Arab juga.  Sekali Mazha bercakap bahasa Arab dengan pensyarah itu, fasih dan berhabuk bahasa Arab Mazha berkomunikasi dengan pensyarah berkenaan. 

Ketentuan Ilahi mahu saya berkawan dengan orang yang baik kerana itulah kali pertama saya meninggalkan rumah dan berjauhan dari Nenek. 


Saya menginap di bilik di aras tiga blok A sementara Mazha di aras enam blok B di hostel SDAF.
Tetapi Mazha selalu berkunjung dan menghabiskan masa di bilik saya kerana rakan sekolahnya,  Zaharin adalah teman sebilik saya.
Bilik saya ada, 4 orang penghuni. Kami selesa dengan Mazha dan menyenangi sikapnya dan  terus kami jadikan Mazha teman sebilik tidak rasmi kami.


Ada satu malam itu,  saya berselisih faham dengan rakan sebilik saya,  jadi saya mengambil keputusan untuk tidak pulang tidur du bilik tetapi saya pergi ke surau.  Gelap gelita surau masa itu tetapi pintu surau tidak berkunci. . Saya  pun masuk dan berbaring di lantai surau yang  berpermaidani itu.

Tiba-tiba pintu surau  berkuak dan  berbunyi seperti ada orang masuk dan terlihat akan saya cahaya lampu suluh.
Cemas juga saya rasa masa tu.  Hantukah itu?  atau warden datang memeriksa?  Saya matikan diri tanpa sebarang bunyi atau pergerakan.


"Puas koi cari awok satu kampus,  kat sini rupanya", kata Mazha di dalam slanga Pahangnya itu.

"Buat apalah susah susah apa kau cari aku? Aku nak tenangkan fikiran.  Nak sorang-sorang masa ni.  Serabut kepala aku, Dah ok ke kat atas tu?, " tanya saya.

"Takpe. Biar koi temankan awok tapi Koi tak ganggu awok", kata Mazha.
Saya menyuruh dia tidur di hujung sudut surau. Dia berlalu pergi ke sudut tersebut.

Tak lama selepas itu,  saya rasa bersalah pula buat dia macam tu. 
Saya pergi duduk dekat dia.
Saya ceritakan kepada Mazha yang saya tidak pernah duduk asrama dan berjauhan dengan keluarga.Sukar untuk saya menyesuaikan diri.
Rupa-rupanya Mazha pun pertama kali tinggal di asrama.  Dia menasihati saya supaya banyak bersabar dan bertolak ansur kerana tinggal di asrama tidak sama macam tinggal di rumah.  Kat asrama ada bermacam orang dan bermacam ragam.
Selepas itu, saya berjumpa teman teman sebilik saya dan kami bermaafan.  Semenjak itu hubungan kami menjadi lebih baik.

Walaupun Mazha macam saya tidak pernah tinggal di asrama sebelum kami masuk pusat matrikulasi tetapi tidak seperti saya yang agak sukar menyesuaikan diri kerana sudah terlalu selesa tinggal bersama Nenek.

Walaupun kampus tidak jauh dari rumah Nenek dan saya boleh saja berulang-alik ke kelas tetapi Nenek mahu saya tinggal di kampus kerana sudah tiba masanya untuk saya hidup  berdikari.  Saya akur dengan kehendak Nenek. 
Ketika hari pertama saya mendaftar di kampus,  Nenek dan pakcik saya yang hantar..

#coretanfuzzfadhilah

55. Rakan Sebilik Tidak Rasmi

Gambar tahun 1996 di Auditorium Matrikulasi UIA Lembah Pantai. 

Pagi itu selepas solat Subuh, Mazha bersiap -siap hendak keluar.
Saya tanya dia nak pergi mana pagi-pagi? Mazha jawab nak pergi HKL tengok ayah dia. Saya cakap nak ikut. Dia jawab jomlah.
Perasaan ingin tahu saya membuatkan saya bertanya kenapa ayahnya dimasukkan ke hospital di KL yang jauh dari tempat keluarganya menginap. 
Mazha beritahu saya, ayahnya berada di Kuala Lumpur  untuk menjalani rawatan di HKL. 
Ayahnya, berada di wad menjalani rawatan tapi saya tak pasti rawatan apa. Chemotherapy rasa saya. 

Saya bersimpati dengan keadaan ayahnya.
Beberapa kali saya ikut Mazha ke hospital menziarahi ayahnya. Saya seronok temankan ayah dia.
Keluarga Mazha bergilir  gilir menjaga ayah Mazha di hospital. 
Kadang-kadang ada waktu Ayah Mazha tiada pelawat kerana jarak rumahnya yang terletak di negeri yang berlainan. 

Kalau Mazha sibuk dan ada kelas tak sempat melawat ayahnya di hospital, saya pergi sendiri seorang diri temankan ayah dia di hospital.
Sekurang kurangnya Ayah Mazha ada pelawat jadi tak  adalah beliau rasa kesunyian di wad tersebut.
Saya melayan ayahnya berbual -bual walaupun kesihatan dan pertuturan ayahnya terbatas. 
Saya banyak menghabiskan masa di hosputal.  Ketika  itu,  saya sudah tawar hati dan hilang tumpuan untuk meneruskan pengajian saya.  Semester berikutnya akan ke main campus PJ. 
Ayahnya dan saya berbual  tentang pelbagai perkara. dan saya  turut mendengar kisah ayahnya.  Kadang-kadang kami  hanya berdiam diri sambil Ayah Mazha  memegang dan menggengam tangan saya sehingga  dia tertidur. Saya biarkan saja tangan saya digenggam oleh ayahnya ketika beliau lena tidur.  Penat agaknya selepas rawatan kimoterapi. 

Saya tahu saya bukanlah anak atau ada pertalian darah dengan ayah Mazha tetapi saya bersimpati melihat  keadaan ayahnya.  

Kerana kerap melawat ayahnya di hospital,  kami menjadi semakin rapat.  Kadang-kala ketika di kampus saya teringat ayah Mazha dan tertanya-tanya apa khabar Pakcik hari itu. 
 Saya tidak lupa juga bawakan buah tangan untuk Pakcik.  Selalunya saya bawakan buah-buahan tetapi ayah Mazha  semakin merosot dan sukar untuk menelan. 

Ketika saya berada di bilik A304 asrama penginapan saya pada petang itu, saya telah dikhabarkan yang ayah Mazha telah meninggal dunia, saya terduduk,  berasa sedih dan terkejut. 

Mazha telah membawa jenazah ayahnya pulang untuk dikebumikan di kampung halamannya. 

Pagi esoknya, teman sebilik saya semua bercadang mahu menghadiri majlis pengebumian ayah Mazha.
Saya tidak ingat siapa di antara teman sebilik saya yang pergi ketika itu untuk nenziarah jenazah.
Kalau tak silap , seingat saya, yang pergi melawat selain saya adalah Hasrul, Rosly, Idahar dan seorang lagi saya tak ingat.  kami pergi menaiki teksi ke kampung Mazha. 

Sampai sahaja di perkarangan rumah, ramai dah orang yang datang menziarah keluarga Mazha. 
Apabila Mazha nampak kelibat kami di muka pintu, dia menyambut kedatangan kami dan memeluk saya dan saya ucapkan takziah kepadanya.
Matanya merah dan berkaca. Lepas tu Mazha, tinggalkan kami untuk menguruskan jenazah ayahnya.
Saya duduk di lantai di sebuah ruang di dalam rumah tersebut.
Selepas mengkafankan jenazah, Mazha datang pada saya mempelawa saya memberikan penghormatan terakhir untuk arwah ayahnya. 
Pada mulanya saya keberatan menerima pelawaannya dan saya menolak  di atas alasan saya bukan ahli keluarga,  tetapi Mazha  masih mahu saya menatap wajah Ayahbya buat kali terakhir. 
Demi menghormati pelawaan dan permintaan Mazha, saya ikut dia ke ruang tamu yang mana jenazah ayahbya sudah siap dikafankan. 
Saya renung wajah arwah seketika dan cium dahi arwah mengucapkan selamat tinggal.
Al Fatihah untuk Arwah Ayah Mazha. 

Mazha kemudiannya melanjutkan pengajian nya tahun pertamanya di dalam bidang Pengajian Islam. Saya pula terkandas akibat tidak lulus Bahasa Arab peringkat 3.
Saya kemudiannya mengambil keputusan untuk berhenti belajar di universiti berkenaan. 

Sejak itu saya terputus hubungan dengan Mazha sehingga saya melanjutkan pelajaran ke Australia. 

Lebih kurang dua tahun setelah berada di Australia,  saya pulang ke tanahair.  Saya  terus berusaha mencari Mazha, sahabat saya yang telah terputus hubungan.
Ketika itu, Saya mendapat perkhabaran yang  Mazha telah menjad  seorang Ustaz dan mengajar di sebuah sekolah di Sarawak. 

Tidak lama selepas saya bekerja,  saya telah dihantar ke Kuching,  Sarawak untuk satu tugasan. Ketika itu saya telah mendapat nombor telefon Mazha dan saya menghubungi beliau. Seronok saya dapat berbual dengan teman lama saya setelah enam tahun kami tidak bersua dan berhubungan. 

Ketika di Sarawak,  saya tidak dapat bertemu dengan Mazha kerana beliau berada di kawasan pedalaman kerana mengajar. 
Jarak lokasi Mazha dari tempat saya di Kuching kira-kira 150 km jauhnya.  Mungkin tidak ada rezeki untuk saya bertemu dengannya.
2010 - Empat tahun selepas saya pergi Sarawak,  akhirnya, penghujung tahun 2010, saya ada  bertemu dengan kawan saya itu.  Kami berbual untuk sejam dua sebelum saya bertolak balik ke Kuala Lumpur. 

2018 - Mazha turun ke Kuala Lumpur menziarahi saya.  Selepas subuh,  Mazha menghantar mesej kepada saya memberitahu yang dia sedang bertolak menuju ke Kuala Lumpur. 
Saya sekeluarga berbesar hati menerima kedatangan Mazha.  Keluarga sudah sedia maklum tentang persahabatan kami sejuk Matrik UIA. 
Beberapa juadah untyk sarapan dimasak oleh pembantu rumah. 

Saya tidak dapat melupakan insiden sesak nafas saya di UIA Lembah Pantai yang hampir meragut nyawa saya. Walaupun  tindakan pantas Mazha mencari inhaler di seluruh SDAF tidak berhasil tetapi beliau telah memanggil kenderaan perubatan dari main campus datang untuk hantar saya ke pusat rawatan di UIA kampus PJ tengah malam itu telah menyelamatkan keadaan. 

Setibanya di rumah saya,  beliau siap membawa tempoyak ikan Patin yang terkenal di Pahang untuk saya sekeluarga. Beliau cuba mencari sambal Pahang pada malam sebelumnya tetapi sambal tersebut kehabisan stok.
Dari tahun 1995 sehingga ke hari ini di tahun 2020. Terima kasih Ustaz Haji Mazha di atas persahabatan yang terjaln.

#coretanfuzzfadhilah