Pages

Wednesday 23 December 2020

90. Lagu Dato Shake

Lagu Pulanglah dipetik dari album Bahasa Melayu Datuk Shake.  Album Kau Bungaku diterbitkan pada tahun 1982.

Pagi itu hampir 20 tahun yang lalu,  sambil berkemas sambil saya pasang lagu lagu yang malar segar. 
Lagu Alleycats seperti Gerimis Senja,  Camar yang Pulang oleh Aishah,  Peralihan Zaman nyanyian JayJay dan Dayangku Intan,  Kamelia  oleh Ramli Sarip dan lagu Dato Shake. Pulanglah
Sedih dan pilu saya mendengarkan lagu Datuk Shake berkenaan. 
Lagu Pulanglah dipetik dari album Bahasa Melayu Datuk Shake.  Album diterbitkan pada tahun 1982.

Di pertengahan lagu itu,   saya berhenti mengvakum carpet dan duduk di atas katil sambil mendengar lagu tersebut sehingga habis dan sehingga saya menitiskan airmata. 

Ketika itu sudah dua bulan saya tidak berjumpa Nenek saya. 
Saya capai telefon bimbit saya dan saya menelefon Nenek saya.  Lama juga telefon Nenek berdering sebelum dijawab. 

,"Hello Assalamualaikum Nek.  Apa khabar",tanya. saya. 
"Baru lepas solat dhuha ni. ", jawab Nenek. 

Kami berbual seketika sebelum menamatkan perbualan.  Selepas itu saya termenung.  Lama juga saya termenung  sebelum di sapa teman serumah saya yang menjengok  saya di dalam bilik tidur saya di tingkat bawah rumah townhouse yang kami sewa bertiga. 

'Kamu enggak, apa-apa?", tanya housemate saya. 
"I am ok.  I just had a phone call with my grandma',  jawab saya. 
"Cool", jawabnya ringkas sambil berlalu pergi. 

Saya pun membuat panggilan telefon jika terdapat tiket untuk pulang. 
Nasib baik ada tiket untuk pulang keesokkan harinya. 
 Sebuah kejutan untuk Nenek.  Selepas itu saya transfer semua lagu malar segar dari  komputer riba ke alat pemuzik yang bersaiz lebih kecil. 

 Esoknya awal pagi saya sudah bangun walaupun matahari sudah menyingsing waktu itu akibat perubahan cuaca. 
Saya kemas pakaian mana yang patut  dan masukkan ke dalam beg duffel yang kecil cukup untuk digunapakai sehari dua. 
Saya tiba di rumah Nenek menaiki teksi. Nasib baik saya masih ada simpan sedikit mata wang Ringgit dan boleh digunakan untuk membayar tambang. 

Terkejut betul Nenek melihat saya di muka pintu.  Hampir beliau tidak percaya.  

"Apa ni?  Macam mana boleh ada di sini?  Terkejutlah macam ni.  Ish!  Budak ni.  Takde kelas hari ini?", tanya Nenek. 

Saya terus memeluk Nenek di muka pintu..  Deras airmata Nenek bercucuran.  Sebak pula saya tengok Nenek menangis rindukan cucu kesayangan beliau. 

Saya pimpin tangan Nenek sambil kami berjalan masuk ke dalam rumah. 

'Ada tapi takpe tak banyak kelas hari ini.  Boleh ponteng sehari dua.," kata saya sambil tersengeh. 

"Jangan buat macam ni selalu.  Nanti mereka marah.  Bukan murah murah tiket kapal terbang balik Malaysia.  Jimat jimat sikit duit itu", kata Nenek. 
"Rindulah kat Nenek... hehehe", jawab saya sambil tersengih takut dimarahi Nenek. 

Saya hadiahkan Nenek sebuah bantal kusyen berbulu kambing biri-biri yang telah saya beli beberapa bulan sebelum itu. 
Seronok Nenek dapat hadiah bantal tu. Nenek gunakan bantal itu sebagai pengganti papan rehal beliau ketika mengaji/baca Al Quran

Saya makan dengan Nenek dan berbual dengan Nenek,. Selepas itu,  saya bergegas meninggalkan Nenek di rumah sebelum ahli keluarga yang lain pulang ke rumah.  Pasti saya akan dimarahi jika mereka dapat tahu saya pulang ke tanah air sebentar kerana kos perjalanannya bukan murah. 

Esoknya,  saya jumpa Nenek sekali lagi ketika tiada orang lain di rumah.  Sempat juga Nenek masakan kari ayam dan Daging ntuk saya,  antara lauk kegemaran saya sebelum saya bertolak ke lapangan terbang untuk pulang ke rumah sewa saya  untuk berehat dan menyambung menghadiri kuliah.

Dulu-dulu pada pertengahan Abad ke 20,  Moyang saudara saya mengambil masa 20 hari perjalanan untuk ke luar negara.  Manakala pada awal Abad ke 21, tak sampai sehari perjalanan  saya ke luar negara atau pulang ke tanah air. 

#coretanfuzzfadhilah
PS: Gambar diambil hampir 20 tahun lalu  ketika melanjutkan pelajaran.

Pulanglah - Dato Shake

Aku terjaga dari tidur

Bagai ada satu suara

Yang lembut membisik padaku pulanglah

Termenung dipagi yang dingin
Terkenangkan kampung halaman
Terbatang wajah wajah sayu ku rindu

Kenangan mengusik jiwaku
Berlari dipinggiran desa
Damainya di pangkuan bumi tercinta
Meskipun kini ku bahgia
Namun jiwaku keresahan

Padamu kasihku tercurah desaku
Tiba-tiba aku tersedar
Langkah kakiku terhenti
Ku aturkan jejak kembali padamu
Bersama pengalaman ini

Dewasa bersama cabaran
Akan ku curahkan padamu oh ibu
Perjuanganmu yang abadi
Akan ku teruskan semula

Membangunkan tanah pusaka yang indah
Bertapa kesedaran kini
Bumiku dahagakan baktinya
Terimalah pulangku ini oh ibu...