Pages

Saturday 19 December 2020

86. Bill Clinton di KLCC

Saya ke hulu dan ke hilir di ruang pameran dan jualan itu. 
Tak tahu nak pilih yang mana satu. Ada yang saya berkenan tetapi harganya terlalu tinggi.  Ada yang murah tapi tak berkenan di hati.
Tak ramai pelanggan pun ketika itu,  mungkin disebabkan baru lepas waktu makan ketika itu. 

Saya cuba mencari  jalan penyelesaian di tengah-tengah. Bentuk yang ok dan harga yang sederhana sebagai hadiah harijadi untuk kawan saya. 
Sedang saya leka membuat pilihan,   tiba-tiba meluru masuk sekumpulan lelaki berpakaian serba hitam.  Kemudiannya, dua daripada mereka berkawal di muka pintu kedai sementara yang lain lain berlegar legar dan meninjau ninjau di dalam kedai yang  juga merupakan bilik pameran. 

"Alamak!  Ada rompakan bersenjatakah di dalam kedai ni", kata saya dalam kecemasan.  Mata saya melilau sekitar kedai/ruang pameran itu mencari tempat untuk bersembunyi dan melindungi diri tetapi hampa kerana tidak ada tempat yang boleh saya menyorok. 
Saya juga kehairanan melihat penjenyah-.penjenayah berkenaan  semuanya berkulit putih.  Bangsa Mat Salleh. 

Tiba-tiba.... 

Muncul lah figura paling terkenal di dunia.  Bekas President Amerika Syarikat,  Bill Clinton. 
Beliau masuk seorang diri ke kedai berkenaan sambil tersenyum dan melambai kepada pekerja dan pelanggan  yang berada di situ. 
Ketika itu,  beliau sudah menjadi mantan Presiden.
Saya terpaku di situ melihatkan kehadiran Bill Clinton.  Bill Clinton berjalan ke arah saya dan bersalaman dengan saya  Semasa beliau berjalan ke arah saya,  sempat juga saya ambil gambar Bill Clinton  dari jarak yang sangat dekat ketika beliau berjalan menuju  ke arah saya.
  
Selepas itu, cepat-cepat saya letakkan kamera phone dan menyambut salaman beliau. Wow! Saya berjabat tangan dengan bekas Presiden Amerika Syarikat!  Macam tak percaya je masa itu. 

Sempat juga saya bertanya khabar dan tanya beliau tinggal di mana. 
"Mandarin Oriental", jawab beliau ringkas. 
 Foto close-up Bill Clinton ada sedikit goyang goyang.  

Selepas itu,  Bill Clinton ke kaunter mengambl barang yang telah di pesan. Barangan buatan dari Pewter.. Kemudian rombongan Bill Clinton bergegas keluar dari kedai Selangor Pewter tersebut. 
Malangnya,  saya seorang diri ketika itu jadi tak dapatlah nak minta bantuan sesiapa ambilkan gambar saya berdua dengan Billl Clinton.