Pages

Saturday 19 December 2020

81. Tuisyen Bahasa Malaysia

Gambar Adibah Amin  pada tahun 1979 di dalam filem Adik Manja memegang watak Cikgu Bedah. 

Ketika di tingkatan dua,  Nenek saya telah menghantar saya ke kelas Bahasa Inggeris di British Council. 
Sebenarya, saya yang cari tempat belajar bahasa Inggeris itu tapi  Nenek yang tolong bayarkan yuran ketika itu.  Selama enam bulan juga saya di British  Council.  Kelasnya sekali atau dua kali seminggu,  saya tak ingat. 

Masuk British Council barulah ada keyakinan sikit untuk berbual  di dalam bahasa Inggeris dengan Nazril,  Rajvinder,  Lim Kong Tho,  Shahrizal,  Armijn yang  sememangnya berhabuk kalau berbicara di dalam Bahasa Inggeris. 

Kemudian di tingkatan Empat saya bercadang  untuk mengambil kelas tuisyen untuk mata pelajaran Bahasa Melayu sebab mata pelajaran tersebut wajib lulus dan untuk pengiraan aggregat untuk peperiksaan SPM di Tingkatan 5.
Ada  di antara kawan saya yang syorkan kami ambil tuisyen dengan Adibah Amin tetapi saya tidak ingat siapa. 

Saya beritahu Nenek yang saya mahu mengambil tuisyen untuk mata pelajaran  Bahasa  Melayu dengan Adibah Amin. 
Terkejut nenek saya.  Nenek saya cakap takkan Bahasa Melayu pun nak ambil tuisyen.. 
Makcik saya pun tak setuju  

"Adibah Amin satu nama yang gah  Do you know how much she would charge?  Mestilah mahal," kata Makcik saya. 

"Tak payahlah nak tuisyen Bahasa Melayu. Belajar sendiri dan yakinkan diri, " pujuk Nenek saya. 

"Awak tu dah ambil Tuisyen akaun dengan Datin Khoo,  antara guru tuisyen Akaun terbaik di KL ini", kata Makcik saya. 

Datin Khoo Rathimalar (kini Puan Sri) adalah isteri kepada Tan Sri Profesor Khoo Kay Kim pernah mengajar di Assunta School,  P. J.  dan telah membuka kelas tuisyen akaun ketika itu. 
 
"Tuisyen akaun takpe, tapi  Tuisyen untuk BM dengan Adibah Amin, tidak sama sekali,". kata Nenek dengan tegas. 

"Janganlah terikut terikut cara anak anak orang kaya. Awak tu bukan anak orang kaya.  Kawan kawan awak tu mampu ambil tuisyen dengan Adibah Amin sebab mak ayah mereka berduit", kata Nenek. 

"Lagipun BM,   hari hari cakap kat rumah. Berilah tumpuan semasa di dalam kelas.  Tak perlu tuisyen BM  lepas itu dengan Adibah Amin pula itu. 
Sorry.  No BM tuition for you", sampuk Makcik saya. 

Saya kecewa masa itu. 
Saya tahu Nenek saya mampu untuk menghantar saya ke kelas Tuisyen Adibah Amin itu.  Cuma saya rasa Nenek mahu saya belajar sendiri dan tumpukan perhatian di sekolah tanpa mengambil tuisyen  untuk matapelajaran B.M.

Dan saya juga berhenti kelas piano di Yamaha Music untuk berikan tumpuan kepada pelajaran. Nenek khuatir saya tidak mampu untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran ketika itu.  Keutamaan harus diberikan untuk menghadapi peperiksaan SPM.

Adibah Amin ialah seorang pendidik, ahli bahasa, wartawan, penulis bahasa Melayu serta bahasa Inggeris, dan pelakon Malaysia. Seri Delima merupakan nama penanya. Karya-karyanya termasuk tiga buah novel dalam bahasa Melayu bersama-sama dengan lebih kurang 200 drama radio, dan sebilangan cerpen.
Adiba Amin adalah anak kepada Tan Sri Zainon Munshi Sulaiman atau lebih dikenali sebagai Ibu Zain. Beliau tokoh pendidik dan ahli politik terkenal sekitar tahun 1948-1960an.

#coretanfuzzfadhilah