Walaupun telah separuh perjalananku ke pejabat, aku berpatah balik menuju ke destinasi baru. Entah mengapa pagi tu, rindu rasa padanya membuak-membuak setelah sekian lama tidak bertemu. Aku memberhentikan kereta di depan pintu pagar dan mengambil masa beberapa minit untuk menghela nafas panjang beberapa kali. Setelah itu, aku melangkah ke luar dan menolak pintu pagar yang tidak berkunci itu.
Aku beri salam dan menyapanya, terus aku berbicara dengannya. Aku mohon maaf padanya kerana telah lama tidak menziarah. Aku beritahu Nenda ku betapa aku terkilan Nenda tidak menghantarku ke airport ketika aku hendak melanjutkan pelajaran ke Australia beberapa tahun lalu. Pengajian ku ke Australia merupakan kali pertama aku berpisah dengan Nenda tetapi hampir setaip hari aku menelefonnya dan berbual serta bertanya khabar. Teringat aku ketika aku ingin pulang ke Kuala Lumpur cuti semester itu dan aku bertanyakan padanya jika Nenda mahu cenderahati dari tanah Kanggaru itu. Ringkas sahaja jawapannya, Tiada hadiah yang lebih berharga dan membuatkannya gembira melainkan aku membawa pulang segulung ijazah.
Kini, setelah aku berjaya menggenggam ijazah yang diidamkan, Nenda sudah tiada lagi untuk bersama meraikan kejayaanku. Nenda telah pulang ke rahmatullah pada 30 Jun 2003, Lima bulan setelah aku berada di Australia. (Walaupun sempat pulang ke KL ketika Nenda sakit tenat tetapi aku tetap tidak dapat bersamanya ketika Nenda menghembuskan nafasnya yang terakhir, Terkilan rasanya tidak berada di sisi Nenda.) Sebelum berlalu pergi, aku doakan kesejahteraan Nenda di sana dan membaca Al-Fatihah semoga roh Nenda dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan mukmin yang soleh.
Daun-Daun kering yang berselerakan di atas pusara Nneda, aku bersihkan. I still couldn’t come to term with her demise. It is difficult and painful. It left a large hole in my heart. I spent most of my lifetime with her. She was not just my grandmother … she was my father, my mother and my best friend. I was her favourite grandchild. Al-Fatihah buat Nenda…
Kadang-kala, apabila orang yang kita sayangi sentiasa berada di sisi kita, we tend to take their presence for granted. Mungkin persekitaran dan budaya kita menyebabkan kita tidak betah meluahkan rasa sayang kita secara terbuka terhadap, ayah, ibu, datuk, nenek, abang, kakak dan adik serta ahli keluarga yang lain.