Pages

Saturday 19 December 2020

80. Rakan Sekelas 1Coklat-3Coklat V. I

Gambar rakan sekelas saya diambil pada  tahun 1992.

Ada satu hari tu,  sekitar tahun awal 2000an saya rasa nak demam dan tak selesa waktu itu. 
Saya terpandang sebuah klinik di deretan kedai di kawasan tersebut. 
Saya masuk ke klinik tersebut dan disapa oleh jururawat yang bertugas bertanya jika saya mempunyai rekod di klinik berkenaan.. 
Saya jawab tidak ada "Ini kali pertama saya datang ke klinik ni", jawab saya ringkas.  Saya mengisi butiran peribadi saya di atas kad yang diberikan oleh jururawat tadi

Setelah selesai,  jururawat menyuruh saya duduk sebentar. 
Jururawat memanggil saya masuk ke bilik konsultasi doktor.

Seorang doktor berbangsa Punjabi yang sedikit  berusia berada di dalam bilik berkenaan menjemput saya duduk. 
Doktor berkenaan. membelek-belek kad rekod saya sambil tersenyum dan menyebut nama penuh saya beberapa kali. 

"Ya saya doktor", jawab saya kehairanan. 
"You were quite a naughty boy  back then.Do you remember that? 
"I bag your pardon Doctor.  I don't understand", jawab saya kehairanan. 

"Rajvinder is my son", jawab doktor berkenaan. 

Alamak,  Tergamam saya seketika,   dalam banyak banyak klinik kat KL ni,  boleh pula saya terpergi ke klinik kepunyaan bapa Rajvinder,  rakan sekelas saya dari tingkatan 1 sehingga 3.

Pernah suatu hari ketika di Tingkatan 1 pada tahun 1990, saya bergaduh dengan Raj di dalam kelas.  Tidak puas hati, selepas waktu sekolah,  ketika Raj menunggu kereta bapanya untuk pulang,  saya telah menghampiri Raj dan mengetuk bahunya dengan botol air. 

Lalu Raj bingkas bangun dan mengejar saya sehingga sebelah daripada kasut sekolah saya tertanggal. 
Raj berhenti  mengejar saya dan mengutip kasut sekolah saya. 
Saya terhencut hencut berjalan tidak stabil kerana tinggal sebelah saja kasut sekolah saya. 
Raj mengarahkan saya datang kepadanya jika mahukan kembali kasut saya. 
Sudah tentulah saya tidak akan mendekatinya. 
Saya berlari menuju ke beg sekolah Raj dan mengambil begnya sebagai tukar ganti. 
Raj membaling kasut saya ke seberang jalan ke arah bukit berhampiran Stadium Negara. Saya pula mencampakkan beg sekolahnya ke seberang pagar yang menghala ke asrama

Saya melintas jalan,  mengutip kasut saya dan beredar. 

Petang itu, sekitar jam 5 petang saya sedang menonton tv dan telefon rumah berdering dan Kak Bibah yang jawab dan berbual seketika sebelum memanggil Nenek.

Saya teruskan menonton tv tanpa menghiraukan perbualan telefon nenek sebab selalu nya makcik dan pakcik saya yang menelefon Nenek bertanyakan khabar. 
Selepas meletakkan telefon, Nenek berdiri tidak jauh dari sofa yang saya sedang berbaring sambil menonton tv. 

"Siapa yang telefon tadi,  Nek ? tanya saya. 
Nenek memandang  tepat ke arah saya dengan muka yang masam. Tanpa berkata terus Nenek beredar. 
Saya terus jadi berdebar-debar. Nak tanya Kak Bibah siapa yang telefon tadi tapi Kak Bibah tak muncul-muncul.  Dia di dapur bersama Nenek.  Saya pula tak berani hendak ke dapur. 

Malam itu,  sebelum masuk pukul 9, saya dah masuk bilik untuk tidur. Saya siap tutup lampu dan tutup seluruh badan saya dengan selimut. 
Tak lama selepas itu,  kedengaran pintu bilik dibuka. 

"Dah,  dah tak payah nak buat-buat tidur.  Ayah kamu kat depan tu nak cakap sikit dengan kamu", kata Nenek saya. 

Rupa-rupanya, petang itu,  bapa Rajvinder yang call memberitahu apa yang terjadi di sekolah siangnya. 

Ayah menyuruh saya meminta maaf kepada Raj dan bapanya.  Ayah menyuruh saya menelefon Raj masa itu juga dan dia nak dengar saya minta maaf kepada Raj di depannya. 

Saya enggan berbuat demikian.  Saya berdegil tidak menuruti arahan Ayah.
Saya beritahu Ayah yang Raj juga mencampakkan kasut saya ke seberang jalan,  jadi tiada perlunya saya nak minta maaf.  Fair and square jawab saya. 

Ayah cukup pantang kalau anak-anak menjawab cakapnya dan saya kuat melawan cakap Ayah. 
Ayah hilang sabar apabila saya tak henti henti menjawab cakapnya. 
Ayah bangun dan buka tali pingangnya dan menarik tangan saya sambil melibas tali pinggang ke kaki  saya.  Perit rasanya kaki  saya yang berseluar pendek ketika itu. 

Setelah terkena libasan tali pinggang beberapa kali,  saya merentap tangan saya dari pegangan Ayah.
 Saya berlari keliling meja makan.  Lalu berlaku lah adegan  kejar mengejar mengelilingi meja makan di  antara anak beranak. Apabila teringat balik kisah itu,  rasa geli hati pun ada.

Yang bestnya,  adik saya yang berumur 9 tahun ketika itu,    yang tadinya asyik menonton tv tiba-tiba sibuk masuk campur. 
"Biar Poji tangkap dia, Ayah. Kita kepung Abang Ngah. 
Dalam hati saya berkata, " Sibuk si Kenit ni nak masuk campur.  Asyik nak membodek Ayah saja kerja dia.  Geram betul saya dengan kelakuan dia malam itu. 

Adik saya cuba untuk menghalang saya dengan menghadang kedua belah tangannya  seperti lagak seorang penjaga gol yang cuba menghalang bola daripada masuk ke dalam gawang. 
Dia berbuat demikian supaya saya tidak boleh lari melepasinya.  
Kecik besar,  kecik besar je saya tengok adik saya ketika itu. 
Dengan sekali tolakan saja,  tersembam dia ke lantai sambil meraung kesakitan dan  menangis teresak esak. 

Ayah berhenti mengejar saya dan pergi mendapatkan adik saya yang masih menangis teresak esak sambil terbaring di atas lantai. 

'Nak jadi hero Ayah konon. Padan muka!"  kata saya kepada adik saya. 

Ayah memberi amaran supaya saya meminta maaf kepada Raj first thing in the morning di sekolah esoknya. 
Saya tak ingat saya minta kaaf atau tidak,  tapi rasanya tak.

Setelah memeriksa saya dan menulis senarai ubat yg saya perlukan,  bapa Raj memberitahu Raj masih lagi melanjutkan pelajaran di dalam bidang perubatan di unversiti tempatan.  Saya pula memberitahu bapa Raj saya sudah menamatkan pengajian A-Level saya dan menunggu untuk berlepas ke luar negara.
Bapa Raj mengucapkan tahniah kepada saya. 

Ketika saya berlepas ke luar negara dan pulang ke Malaysia setelah tamat pengajian, saya tidak bertemu Raj. 
Sehingga saya sudah bekerja,  baru jumpa balik. 

Pada 2015,  kami ada bertemu dan makan malam di BSC 
sambil mengimbau kenangan di V. i dan kami masih berhubungan sehingga ke hari ini.

#coretanfuzzfadhilah