Pages

Saturday 19 December 2020

82. Shaukat Dedhi

Semasa saya belajar di Petaling Jaya,  boleh dikatakan saya akrab dengan Shaukat,  seorang pelajar perakaunan dari Australia berbangsa Gujerat. 
Beliau berpindah universiti kerana mengikuti bapanya menjalankan perniagaan di Johor Bahru dan di Singapura ketika itu. 

Selalu juga kami keluar merayap dan merewang ke sana dan ke mari. Selalu dia akan datang ke bilik saya dan mengajak saya keluar.  Saya pula memang suka berjalan,  jadi pantang diajak keluar, saya ikutlah. 

Adakalanya dia mengajak saya temankan dia pergi dating.
"Gila!", jawab saya.  "You berdating, I nak buat apa? Unless it's a double date", jawab saya sambil tergelak. 

Shaukat beritahu saya, kalau nak pikat makwe kena pandai menyanyikan lagu Hindustan. 
Saya beritahu dia kenapa lagu Hindustan? Bahasa Hindi pun saya tak reti. 
"It's the universal language of Love,"kata Shaukat. 

Balik dari berdating malam itu,  Shaukat datang berjumpa saya bersama hadiah.  Hadiahnya CD lagu  dari filem Pardes. 
Beberapa hari sebelum itu kami ada pergi ke pawagam menonton filem Pardes. 

Dia pasang CD tersebut suruh saya dengar. 
Dia pun turut mendengar sambil menyanyikan lagu-lagu Hindustan yang terdapat di dalam CD tersebut. 
Setelah tamat setiap lagu,  Shaukat akan menerangkan maksud setiap bait-bait lirik tersebut kepada saya. 

 Katanya akan ada lebih emosi kalau saya mendengar dengan mengetahui maksudnya.  Beria-ia dia menerangkannya kepada saya. 
Tapi yang saya ingat lagu dan lirik daripada album hanya "I Love my India,  This is  my India. "...😂😂😂

Pernah Shaukat mengajak saya pulang ke rumah ibu-bapanya di Saujana,  Johor Bahru.  Dia mahu bawa saya  berjalan - jalan ke Singapura.  Sebab saya belum pernah ke Singapura walaupun saya sudah sampai ke Bali.

Saya dan Rizal,  rakan sekuliah Shaukat bermalam di rumah keluarga Shaukat untuk beberapa malam.  Ibu-bapanya melayan kami dengan baik. Di Singapura, saya dibawa ke beberapa tempat menarik. Shaukat lebih arif sebab dia selalu ke Singapura.  Sempat juga saya membeli sehelai kemeja t Planet Hollywood. 
Seronok saya.  Itulah pertama kali saya menjejakkan kaki ke Kota Singa. 

Setelah Shaukat pulang ke Australia,  kami masih berhubungan melalui emel.  Apabila saya melanjutkan pelajaran  ke Perth, saya beritahu Shaukat.  
Shaukat menjemput saya ke rumahnya di Brisbane.  Beliau beritahu saya yang dia dan keluarganya sentiasa mengalu alukan kedatangan saya dan tidak perlu risau tentang tempat tinggal. 
Malangnya, saya tidak sempat ke Brisbane. 

Selepas itu,  kami terputus hubungan. 
Awal 2005, saya terserempak dengan Shaukat di KL berhampiran Masjid Jamek.  Tetapi kami tak sempat berbual panjang kerana masing-masing mengejar masa ketika itu kerana ada urusan. 
Semakin besar,  Shaukat ketika itu.  Tapi memang Shaukat lagi besar dan lebih tinggi daripada saya sejak dahulu lagi. 

Gambar tahun 1997 ketika Shaukat berposing di Planet Hollywood dan Raffles Hotel. 
Gambar berempat ketika sambutan Hari Jadi saya pada tahun yang sama.

#coretanfuzzfadhilah