Pages

Friday, 18 March 2011

10. Jepun Dekat Dihatiku


Sejak kecil lagi aku telah didampingi oleh barangan buatan Jepun.  Peralatan elekrtik di rumah rata-rata berjenama Toshiba ketika itu. Pada pandangan kami sekeluarga barangan buatan Jepun bermutu dan berteknologi tinggi.  Mula bersekolah darjah satu, jam pertama yang dihadiahkan berjenama Casio bertali hitam dan berlampu LED.
Masuk matrikulasi semua pelajar tergila gilakan jam Casio G-Shock but I went for Baby G. Di Matriluasi jugak aku membeli discman yang nipis warna silver jenama Sony.
Keluargaku memang minat dengan barangan buatan Jepun, piano di rumah nenek jenama Yamaha, kereta pertama Alang Nissan Datsun warna hijau cair  lepas tu tukar ke Mazda Kuning, Pakcik mula pakai Toyota Corolla Putih dan aku selepas tiga bulan mula bekerja beli Toyota Vios dan tukar ke Honda City.
Ketika remaja, aku pernah terserempak dengan seorang pelancong Jepun bernama Susumu Iwata yang bertanyakan arah, kami berbual dan dia bersiar siar sekitar KL pakai basikal saja. Beberapa hari selepas itu, ketika aku berjalan-jalan ke Penang, sekali lagi aku terserempak dengan Susumu. Rupa-rupanya dia telah mengayuh basikal dari KL ke Penang sejauh kira-kira 320 kilometer. Kental sungguh semangat orang Jepun ni dan kalau buat sesuatu memang bersungguh-sungguh.
Hari Pertama menjejakkan kaki ke Australia ketika menuntut dulu, orang pertama yang aku jumpa di hostel universiti adalah pelajar pertukaran dari Jepun bernama Yoshitaka yang biliknya berdepan dengan bilik aku. Masuk ke bilik Yoshi, macam-macam gajet yang more advance ada. Kagum melihat gajet-gajetnya yang lebih canggih seperti camera digital Sony yang kecil dan nipis serta lensa bole dirotate,  laptop Viao yang nipis dan ada slot kad SD sedangkan laptop Fujitsu aku hanya mempunyai ciri-ciri asas sahaja, tebal dan besar dan berat ketika itu.
Malam itu aku keluar makan malam bersama Yoshitaka bersama dengan 3 orang kawan lelaki dia dan 3 orang Kawan perempuan semuanya berbangsa Jepun. Selesai makan kami bergambar dan aku keluarkan kamera Minolta yang guna negatif, salahseorang kawan Yoshi, (Aku tak ingat nama dia) berkata dengan selamba dan naifnya ” Are you still using that kind of camera? We don’t have it anymore in Japan”.   Aku hanya tersenyum dan jawab  “Always like the conventional style”, sambil yang lain tergelak. Sungguh advancenya  teknologi Jepun sehingga tiada antara rakyatnya yang guna kamera seperti aku punya. Yoshi dan kawan-kawannya sangat peramah, berbudi bahasa dan bukan jenis yang suka berkonfrontasi. Setiap kali berjumpa kami  tunduk kepala tanda hormat kepada satu sama lain.
Aku dan Darwin, rakan satu kursus dari Jakarta gemar makan Sushi especially California Roll. Hampir 4-5 kali seminggu kami akan mengungjungi JAWS kedai sushi di tengan bandar sehingga pekerja-pekerja berbangsa Jepun itu mengenali kami. Balik Malaysia pun stlill suka sushi, pernah sekali aku kenakan kawan aku bernama Razi yang tidak pernah makan sushi dan dia ingat krim hijau tu adalah pandan so kami iayakan je dan suruh dia makan banyak krim hijau atau Wasabi tu sampai merah muka dan berair mata menahan penanganWasabi sehingga kami berderai ketawa.
Walaupun tidak pernah menjejakkan kaki ke negara matahari terbit itu but I embraced their culture graciously. Pernah masuk Aikido, pernah tonton Kabuki yang dimaiankan oleh seorang wanita, pernah hadiri majlis di rumah duta Jepun Masahiko Horie yang baru mula bertugas di Malaysia dan pernah berbual dengan Mrs Abe, isteri Perdana Meteri Jepun ketika itu. Abe memegang jawatan itu dalam masa singkat saja. ketika bercuti di Bali berkawan dengan Japanese surfers.
Bagi mereka yang membesar sekita 80an dan 90an pasti mengikuti Rancangan TV seperti Oshin, Maero Attack (masa tu kat sekolah main water polo tampar mcam teknik Chun), Chiaki, Doraemon, Ultraman, Ksatria Baja Hitam, filem seperti Memoirs of Geisha, Sumo Do, Sumo Don’t,  filem klasik Seven Samurai.  Mula meminati Ayumi Hamasaki dengan lagu-lagunya yang segar dan tidak lupa pada lagu evergreen Ribaibaru nyanyian Mayumi Itsuwa.
Kehidupan keluarga Maharaja Jepun turut mendapat liputan rakyat Malaysia. Walapun tidak semasyhur Puteri Diana tetapi kehidupan Puteri Masako, seorang diplomat  yang berkahwin dengan Putera Naruhito menarik minatku dan tekanan yang dihadapi untuk menyesuaikan diri dengan protokol keluarga Diraja . Polemik yang melanda keluarga Maharaja  Akihito dan Michiko apabila Masako melahirkan waris perempuan dan bukannya lelaki turut mendapat liputan.
Gempa bumi berukuran 9 skala Ricter dan Tsunami setingi 10 meter tinggi melanda Jepun Jumaat lepas mengejutkan kita semua. Di bandar Minamisanriku saja, hampir separuh populasinya hilang dan sekurang-kurangnya 2,000 mayat ditemui terdampar di pantai setelah Tsunami melanda. Kini Japan berhadapan pula dengan krisis reaktor nucklernya yang bocor, impak dari gempa bumi dan Tsunami.
Kerosakan yang amat teruk melanda the most developed counry in Asia and the cost of the disaster estimated at RM517 billion .
For all the devastation, the Japanese remain civilised. orderly and stoic people, apologising for needing help and taking up rescuers’ time.
No one should be left alone in the time of great suffering., least of all Japan. As the largest contributor, Japan has helped many countries including our country with low interest loan, grants and techbical cooperation. Though we are not rich, we as ordinary Malaysians should dig into our pocket and heart offering funds and prayers.
I pray that the Japanese will be strong in facing this difficult time.  And for Yoshitaka and friends, Susumu Iwata,  Mrs Abe, Princess Masako, Ambassador Horie,  the friendly waiters and waiteresses at Jaws, Japanese surfers in Bali and the Kabuki lady who represent the essence of Japan,  wherever you are my friends, I pray for your safety.