Petang itu, ketika melawat Che Lan, Zam dan Ajeeb (setelah beberapa minggu pindah keluar), aku singgah ke rumah jiran sebelah, Joanne dan memberikan beberapa kek cawan berperisa vanilla, cokelat dan keju krim. Joanne kelihatan sungguh gembira dan bertanyakan khabarku. Setelah berbual, aku kembali ke rumah kawan-kawan dan menonton TV. Beberapa minit kemudian, Joanne muncul dan menempah sebiji kek keju yang menjadi kegemaran anak lelakinya setelah bertanyakan harga. Aku janjikan tempahan Kek Kejunya akan dihantar pada hari Sabtu.
Ketika baru-baru menumpang di rumah Che Lan, aku sering bertembung dengan Joanne di dalam lif dan bertegur sapa. Sejak itu Joanne sering singgah ke rumah dan berbual dengan aku, Che Lan, zam dam Ajeeb. Setelah kematian suaminya Joanne, 50an, die berhijrah ke Kuala Lumpur dari negara asalnya Korea Selatan bersama anak bongsunya setelah tertarik dengan kos sara hidup yang lebih rendah berbanding di Daewoo dan meninggalkan dua anak perempuan yang telah dewasa di sana. Di Daewoo, Joanne mempunyai beberapa hartanah termasuk bangunan komersil.
Menurut Zam, Joanne ibarat ketua tingkat di kondo itu kerana sikapnya yang peramah dan prihatin dengan penghuni di tingkat 14 itu. Hampir seleuruh penghuni di tingkat itu rapat dengan Joanne.
Aku sering minum petang dengan Joanne di meja luar rumah dan Joanne sangat tertarik pelbagai budaya di Malaysia. Kadang-kadang dia merasa pelik melihat aku memakai kain pelikat, aku jelaskan padanya tentang kain pelikat dan cara pemakaian oleh orang lelaki sementara kain batik lebih sesuai untuk wanita.
Ketika perpindah keluar setelah beberapa bulan menumpang di rumah Che Lan, aku mengucapkan selamat timggal kepada Joanne. Aku salam Joanne dan sambil menepuk nepuk bahu ku beberapa kali, die berharap aku akan melawatnya. I told her I would visit her, Che Lan, Zam and Ajeeb from time to time.
Walaupun berlainan agama, bangsa dan ideologi dan bahasa, tetapi disebabkan semangat kejiranan yang tinggi, segala perbezaan diketepikan oleh penghuni penghuni disitu, penghuni-pnghuni di kondo tersebut antaranya terdiri daripada kalangan expatriate dari Korea Selatan, Jepun, Iran, Filipina, Indonesia selain beberapa personaliti tempatan.
Selalunya apabila masuk ke dalam lif aku sering disapa dengan ucapan selamat pagi atau petang oleh mereka yang telah sedia ada di dalam lif walaupun kami tidak mengenali antara satu sam lain dan bertanya tingkat destinasiku sambil mereka bantu menekan butang tingkat lif. Begitulah keadaannya di situ.