Pages

Monday, 28 November 2011

25. Kenangan Bersama Pood

Sebulan sebelum Arwah meninggal kami bertemu di Open house hari Raya. Tak sangka itu kali terakhir bertemu Pood.


Disember 2003, aku bercuti kembali ke Malaysia setelah hampir setahun study di Australia. Rindu rasanya pada kawan kawan di KL. Antara orang pertama yang aku contact apabila sampai di KL adalah Ross. Ketika itu Ross menetap berhampiran Mines, kawasan perumahan di seberang jalan Mines. Ross menjemput aku ke rumahnya, ketka itu pertama kali aku menjejak kaki ke area situ, sampai jer ke stesen komuter Sungai Besi aku naik teksi. Habis diketuknya aku dengan tambang RM10, taklah jauh mane pun, dah tu berhenti seberang jalan, dah aku kene melintas jalan besar kat shell near mines tu untuk ke rumah Ross.


Sampai sampai ke rumah Ross ( tak ingat tingkat berapa, Ross masa tu stay dgn Azmi and Sarah) die tengah menumbuk sambal belacan buat lauk untuk lunch. Selesai dia masak kami sama sama lunch. Malam masih lagi melepak kat umah tu, tengah malam tetiba pintu umah terbuaka, masa tu Pood baru balik keje, masa tu lah first time jumpe Pood. Dia nampak letih, setelah bertegur sapa dan berkenalan Pood masuk bilik. Aku dan Ross sambung borak, lepak dan tengok TV kat depan.


Esoknya aku berbual bual dengan Pood dan bermula saat itu kami berkawan. Setiap kali balik KL untuk cuti semester, aku akan lepak dengan Pood dan Ross dan beberapa rakan lain. Kami jadi lebih akrab selepas aku tamat study dan pindah tinggal di Tasek Height dan kami berjiran. Pood suka makan di Secret Recipe dan selalu mengajak aku untuk makan di sana baik untuk lunch atau dinner. Selal kami akan malan di outlet K avenue.


Pood juga suka mengumpul DVD filem pelbagai genre, selalu temankan dia beli DVD dan kadang kadang dia akan belanja aku beli CD lagu, seronok sangat masa tu sebab Pood hadiahkan CD, ya lah masa tu dok menganggur belum dapat keje lagi. Aku selalu juga masa tu lepak rumah dia menonton DVD, masa tu dia baru beli TV yang besar 50 inci (masa tu belum ade flat screen plasma TV belum muncul kalau ade pun harga masa lebih RM15k).


Kami juga selalu dinner sama di sekitar kawasan rumah kami. Pood juga selalu temankan aku pegi dinner or lunch di rumah Aunty Nora aku. Dia selalu pangil aunty Nora as Aunty Fran sebab aunty Nora ada iras iras penyanyi Francisca Peter. Kami selalu joke pasal tu.
Satu  lagi kenangan bersama Pood ialah kami pernah ke Melaka menaiki bas semata-mata nak makan masak asam pedas dan kembali ke KL semula sebelum senja hari yang sama. 


Semua itu kini tinggal kenangan, Pood seorang yang dsenangi ramai, dia suka senyum, aku tak pernah tengok dia marah-marah or meninggi suara, hormat orang tua dan pandai bergaul. Aku sangat senang berkawan dengan Pood. Aku amat bersykur kerana diberikan peluang untuk mengenali, mendekati dan bersahabat dengan Pood. Sedih dan sebak lagi dengan berita yang sangat mengejutkan ini. Kita hanya mampu merancang tetapi ajal di tangan Allah. Bila bila masa Dia akan menemput kita tak kira tua atau muda.