The Cousins |
Ketika di rumah Mak Lang, saya terfikir, mesti ramai orang yang hadir di majlis itu nanti dan tiba-tiba perasaan malu menyelubungi diri. Apa kata tetamu lain nanti kalau lihat saya sebegini? Poji pun mesti malu dengan keluarga tunang dia. Macam mana nanti kalau Poji terpaksa menjawab pelbagai persoalan daripada pihak tunangnya tentang keadaan fizikal saya? Saya sendiri pun kadangkala rimas apabila ramai asyik bertanya tentang keadaan saya.
Saya memberitahu Mak Teh yang saya tidak mahu pergi kerana saya malu dengan tanggapan tetamu-tetamu yang hadir saya juga tidak mahu memalukan Poji dengan keadaan saya ini. Mak Teh hampir menangis dan memujuk saya supaya pergi. “Please do it for the sake of your brother, biar orang nak cakap apa. This is our family matter. Please support your brother...” kata Mak Teh.
Me With Abg Long n Faiz |
Kami pun bergerak menuju ke rumah pihak perempuan. Saya dan Abang Long naik satu kereta bersama anaknya Faiz yang baru berusia 3 tahun lebih. Sepanjang perjalanan, kami tidak banyak berbual. Mungkin Abang Long dapat rasakan yang saya tidak akan rasa selesa berada di khalayak ramai dengan keadaan saya sebegini.
with Pak Teh and Mak Teh |
Sebelah tangannya memimpin saya dan sebelah lagi tangan Abang Long memimpin Faiz. Rasa lucu pun ada, rasa macam saya anak anak kecil seperti Faiz. Seperti yang telah saya jangkakan, semua mata yang hadir, tertumpu pada saya. Saya kuatkan semangat dan buat muka tebal dan senyum pada semua yang ada di majlis itu.
“Because this what I am , I have to be brave to face the crowd and I am not ashamed of my condition. This is an important day for my younger brother and I am here to show my support and love for him, no matter what...” bisik kata hati saya.
Dozz off little Faiz |